Thursday, December 10, 2015

Sepatutnya Kita Berbangga Dan Bersyukur... Ini Tidak... Tun M : Susah Pas-UMNO Mahu Bekerjasama

KUALA LUMPUR : Agak susah bagi Pas dan Umno untuk bekerjasama demi masa depan parti dan negara, kata bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini kerana kata beliau,  kedua parti memiliki pendekatan dan asas perjuangan yang berbeza.

"Kedua-dua Pas dan Umno hanya boleh bekerjasama sekiranya mempunyai persamaan secara umum dalam perjuangan masing-masing," demikian pendapat beliau ketika ditanya mengenai tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulur tali silaturahim kepada Pas.

Najib menerusi ucapan dasarnya dalam perasmian Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini mengajak Pas untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam yang sebenar.

Najib yang juga Perdana Menteri melahirkan rasa gembiranya kerana Pas tidak lagi bersama pakatan pembangkang selepas disepak dan diterajang keluar oleh rakan-rakan pembangkang.

"Mereka hanya boleh bekerjasama sekiranya ada pakatan dalam pilihan raya," ujar Mahathir lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment