Monday, December 28, 2015
Azmin Diingatkan Agar Tidak Terus Menyepi Isu-Isu Berbangkit Di Selangor – Halimaton
KUALA LUMPUR : Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali
diingatkan agar tidak terus menyepi untuk memberikan penjelasan lebih
lanjut terhadap beberapa isu di negeri yang sarat dengan kontroversi
sebelum ini seperti Darul Ehsan Investment Group (DEIG), dana
penstrukturan air di negeri berkenaan serta kos naik taraf pintu gerbang
Kota Darul Ehsan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, YB Halimaton
Saadiah Hj Borhan berkata selaku Menteri Besar, beliau perlu memberikan
secara panjang lebar terhadap perkara yang dibangkitkan sebelum ini oleh
pelbagai pihak termasuk bekas MB, Selangor, Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim dalam soal dana penstrukturan air.
Menurut beliau sampai bila soal berkenaan akan terus berlalu begitu
sahaja dan jika ada sekalipun sebelum ini ianya adalah tidak menyeluruh
dan masih lagi memerlukan penerangan serta penjelasan lanjut mengenai
soal yang dibangkitkan itu.
“Jika
bukan menteri besar yang perlu memberikan penjelasan apakah tidak ada
pihak-pihak lain yang ada hubungkait dengan soal-soal yang dibangkitkan
itu untuk tampil ke depan memberikan penjelasan sewajarnya.
“Kita percaya dan penuh yakin rakyat ingin tahu secara jelas dan
secara nyata apa yang dikemukakan itu kerana ianya bukan sahaja
melibatkan ketelusan malah integriti kerajaan negeri itu sendiri,”
katanya kepada pihak media, di sini, hari ini.
Beliau sekali lagi mengingatkan Azmin agar tidak terus mengunci mulut
dalam pelbagai isu kontroversi dengan mengharapkan rakyat akan lupa
kerana isu berkenaan membabitkan bukan sahaja jutaan malah ribuan juta
wang rakyat Selangor.
Tambahnya lagi pelbagai pertanyaan yang dibangkitkan berhubungkait
dengan kontroversi sebelum ini adalah semata-mata untuk mengetahui
secara nyata soal-soal terbabit dan bukannya mahu mengaibkan sesiapa.
“Tindakan mengunci mulut atau penjelasan secara acuh tak acuh hanya
membuatkan kita merasakan kerajaan Selangor cuba menyembunyikan tindakan
jahat,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment