Thursday, December 10, 2015

Tidak Boleh Berucap, Muhyiddin Maki Hishamudin

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/09/Muhyiddin-Yassin-Hishammuddin-Hussein-Umno.jpg
KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan marah dengan keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang memutuskan hanya Datuk Seri Najib Razak akan melakukan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2015, Sabtu ini.

Menurut sumber yang menghubungi media sebentar tadi, sejurus selepas mesyuarat khas tersebut Muhyiddin dikatakan menarik Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein ketepi sebelum menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul” jeritnya kepada Hishamuddin dengan nada berang sebelum beredar.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu, jeritan Muhyiddin itu di dengari oleh beberapa orang ahli (MT) lain yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Keputusan yang dibuat itu turut mengambil kira perasmian dan penggulungan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti hari ini hanya dilakukan ketua pergerakan masing-masing.

Sumber itu turut menjelaskan majoriti ahli MT merasakan adalah tidak wajar untuk membenarkan Muhyiddin memberikan ucapan memandangkan beliau telah melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip parti apabila mengadakan perjumpaan khas semata-mata untuk bagi mengutuk dan menyerang pemimpin tertinggi UMNO Isnin lalu.

Muhyiddin ketika berucap di dalam perjumpaan khas yang diadakan di Kampung Baru itu, sekali lagi membangkitkan isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang jadi punca pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tidak cukup dengan itu, Muhyiddin juga dilaporkan sengaja enggan hadir pada sesi taklimat tertutup presiden dengan pemimpin pelbagai peringkat Selasa lalu walaupun berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditanya mengenai perkara itu.

“Kita dimaklumkan beliau (Muhyiddin) telah sampai ke PWTC, tetapi tidak masuk ke dalam Dewan Merdeka,” katanya sewaktu sidang media di PWTC semalam.

Menurut Zahid sehingga kini pihaknya tidak mengetahui mengapakah Muhyiddin bertindak sedemikian.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment