Monday, December 28, 2015

Jangan Tengok ‘Headline’ Saja, Tapi Baca Isinya – Salleh

KUALA LUMPUR : Tajuk berita atau ‘news headline’ sepatutnya berpaksi kepada inti pati sesebuah berita, kerana ia merupakan prinsip etika kewartawanan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tajuk berita mesti diangkat daripada ‘intro’ atau perenggan pertama sesebuah berita itu.

“Bagaimanapun, apa yang didapati sekarang, ada ‘news headline’ yang mengelirukan, tidak sepenuhnya menggambarkan kandungan berita yang ditulis malah kadangkala lari daripada isinya, laporan atau berita disensasikan, penulisan dibuat di luar konteks.
KOTA BELUD, 27 Dis -- Menteri Komunikasi  dan Multimedia Datuk Salleh Said Keruak menyampaikan peralatan menggunting rambut kepada wakil pemilik salon bagi menjalankan aktiviti menggunting rambut murid-murid sekolah secara percuma sempena Program Kembali Ke Sekolah di perkarangan Majlis Daerah Kota Belud hari ini. Aktiviti tersebut adalah anjuran Kementerian Komunikasi Dan Multimedia bersama UMNO Kota Belud bagi meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah. Seramai 700 murid sekolah rendah dan pra sekolah dari seluruh kawasan Daerah Kota Belud menerima sumbangan peralatan sekolah. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
“Saya membaca suratkhabar dan melayari portal berita…rutin harian saya sejak dari dulu dan kini semestinya lagi di kementerian yang bertanggungjawab penuh ke atas media,” katanya dalam catatan terbaharu di blog beliau, sskeruak.blogspot.com hari ini.

Dalam era masa kini, setiap detik banyak maklumat mengalir masuk, bermacam cerita dari pelbagai sudut penulisan atau ‘angle’ dibuat, katanya.

Salleh berkata antara media massa dan portal berita, ada perbezaan dan kelainan pendekatan, bagi menarik perhatian pembaca, dan beliau perhatikan ada kecenderungan mencari tajuk ‘news headline’ yang sensasi, kontroversi, spekulasi dan provokasi.

“News headline biasanya ditentukan oleh editor dan bukannya wartawan atau penulis yang tertera ‘by-line’ pada laporan itu, maka, pemilihan sesuatu ‘news headline’ itu bergantung kepada justifikasi dan integriti seseorang editor.

“Setiap editor mempunyai asas, cara dan pendekatan masing-masing, lazimnya editor memilih sesuatu tajuk yang dapat ‘menjual’ suratkhabar, justeru, editor akhbar atau pengendali portal berita perlu lebih berhati-hati kerana mereka bertanggungjawab penuh ke atas apa yang diterbitkan,” katanya.

Pembaca juga kena lebih berhati-hati, jangan sekadar melihat kepada tajuk atau ‘news headline’ saja kerana isi cerita kadangkala tidak sama dengan tajuknya, pembaca juga harus melakukan ‘self censorship’, katanya
1509750_10153569706909998_2297520660208828840_n

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

Berita Popular

No comments:

Post a Comment