Monday, December 28, 2015
ERL : Ku Sangka Kan Rosmah, Rupanya Hasmah
Mengikut dokumen Perjanjian ERL yang ditandatangani dengan kerajaan pada
1997 seperti didedahkan portal Malaysia Today, terdapat nama Dato Hj
Mohamad Razali Mohd Ali tertera pada dokumen perjanjian itu, menjawat
jawaran sebagai Pengerusi Eksekutif YTL.
Siapa Mohamad Razali Mohd Ali ini?
Menurut sumber, dia adalah ipar kepada Mahathir, adik kepada Siti Hasmah
Mohd Ali dan juga bekas Menteri Besar Selangor yang dilantik Mahathir
pada tahun 1985.
Jika ini benar, bermaksud Mahathir menggunakan proksi untuk membina
kekayaan bagi dirinya dan kerabat Siti Hasmahlah yang beruntung sebab
menjadi pilihan utama jika membabitkan projek-projek kerajaan, terutama
konsesi.
Maka selamatlah dikatakan disini bahawa YTL bukan sahaja kroni Mahathir,
silap-silap ia adalah kepunyaan Mahathir - menggunakan proksi. Proksi
dan Mahathir bukan asing, ketika menjadi Presiden UMNO pun Mahathir
mengawal berbilion wang UMNO dengan menggunakan proksi.
Ini diakuinya sendiri dala coretan di blognya sendiri pada Ogos 2015 -
bila dia mengarahkan 2 orang pegawainya bernama Nor Mohamad Yaakub dan
Nordin Bachik untuk menyerahkan berbilion wang dan harta UMNO kepada
Paklah pada tahun 2003 bila jawatan Presiden UMNO bertukar tangan.
Kita kenal siapa Nor Mohamad Yaakup tapi siapa dia Nordin Bachik? Itulah
dia proksi Mahathir yang dikawalnya. Samalah dalam halnya dengan
perjanjian dengan YTL ini, cuma kali ini adik iparnya sendiri.
Jadi sementara isteri Najib, Rosmah Mansor dituduh macam-macam
menghabiskan duit negara, ia adalah Siti Hasmah sebenarnya dimana semua
kelebihan dan kekayaan diperoleh semasa Mahathir berkuasa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment