Thursday, December 10, 2015

Biar Muhyiddin Tak Menggulung Asal Parti Tak Gulung Tikar

kosong
Kalau dilihat sepanjang mesyuarat pemuda, wanita dan puteri semalam – terutama Pemuda, ramai di kalangan perwakilan mahu perseteruan politik yang dicetuskan Timbalan Presiden terhadap Presiden, diselesaikan secara baik, apa cara sekalipunlah.

Jadi kalau Majlis Tertinggi (MT) membuat keputusan untuk tidak membenarkan Muhyiddn Yassin membuat ucapan penggulungan demi mengelakkan kepimpinan dan parti itu sendiri retak dan berbelah, so be it.  Setakat tak benar Muhyiddin berucap itu pada penulis kecil kalau dibanding dengan kepentingan parti yang lebih besar.

Lagipun, bukan Muhyiddin saja, yang lain (kecuali Presiden) pun tak dapat menggulung juga – semuanya demi kelangsungan parti.  Kalau benar Muhyiddin menggulung dan selepas itu parti gulung tikar, nak buat apa?

Sebab pendirian Muhyiddin ni kita dah tahu, dia memang dah tak boleh dengan Presiden.  Belum musim pemilihan (Muhyiddin juga yang bersetuju pemilihan diatngguh), Muhyiddin dah nak Presiden berundur, tak kena dari segala segilah tu, tak demokratik pun ya.

Kalau ikut prinsip demokrasi, tunggulah habis mandat dulu dan bertandinglah macam anak jantan, masalahnya mandat ada lagi dan biarkanlah Presiden menjalankan tugas-tugasnya yang telah diamanahkan kepada parti.

Yang penting parti, bukan Muhyiddin.  Keputusan pun dibuat mengikut saluran parti, bukan ada majlis berasingan, guna nama UMNO, pacak bendera UMNO dan dakwa itu ini tak kena macam kat Kelab Sultan Sulaiman hari itu.

Cara ini (tak benar Muhyiddin menggulung) pun pada penulis begitu berhemah.  Kalau ikut cara Presiden dulu-dulu selesaikan masalah macam ini, akan ada lah benda buruk dicungkil keluar untuk jadikan sebab memecat, macam Anwar kenalah – tahu dah buat hal sejak 1992 tapi 1998 jugak dia nak dedahkan.

Justeru, penulis menyokong penuh keputusan ini yang penulis rasa dibuat demi kebaikan parti.  Kalau ikut kecewa juga sebab harap ada yang kena pecat malam tadi tapi sebab tiadanya keputusan itu demi kebaikan semua pihak, maka kita perlu akurlah – sekalipun rasa macam simpan ular dalam rumah.

Bukan seekor tapi 2 ekor.  Anjing tua yang menyalak-nyalak kat luar tu tak cakap lagi – perumpamaanlah semua ni.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment