Thursday, December 10, 2015

Menjelang PAU 2015. Peluang Mengenali Siapa Muhyiddin Yasin

Menang sorak kampung tergadai....!

Bahang Persidangan Agung UMNO (PAU) 2015 kini sudah semakin terasa. Bermula esok sehingglah ke tanggal 12hb Disember nanti bertempat di PWTC sememangnya menjadi destinasi keramat buat pimpinan dan perwakilan UMNO untuk bermesyuarat dan berbahas.

Tumpuan dan perhatian keseluruhan ahli ahli UMNO kali ini tertumpu kepada kemelut dan perang dingin pimpinan atasan UMNO setelah Timbalan Presiden tidak lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan salah seorang Naib Presiden tidak lagi berjawatan Menteri.

Pada awalnya ramai membuat jangkaan pada PAU 2015 inilah akan menjadi medan untuk Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal melepaskan geram dan tidak mustahil untuk mereka mencipta huru hara dan menjadi titik hitam buat UMNO dalam majlisnya sendiri....

Namun begitu setelah Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat keputusan untuk diadakan perubahan dan pindaan aturcara serta perjalanan mesyuarat, maka dipersetujui bahawa tidak ada lagi majlis perasmian tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Seterusnya MT UMNO berkeputusan hanya Pr‎esiden akan membuat ucapan penggulungan, tidak ada lagi ucapan dari Naib Naib dan Timbalan Presiden.

Reaksi Muhyidin beliau secara sinis menyatakan dirinya ibarat tunggul kayu kerana hanyalah boleh hadir PAU 2015 tetapi hanya "senyum..., tak perlu kata apa apa".

Sehubungan dengan situasi tersebut, tiba tiba berdendanglah pula akan berlangsung sebuah program untuk meraikan Timbalan Presiden UMNO menyampaikan amanatnya yang disifatkan telah 'tidak kesampaian' akibat dari keputusan MT UMNO.

Bertempat di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru malam tadi maka berpeluanglah Muhyidin berucap...  kononnya akan ada ledakan! Katanya....

Tetapi setelah berakhir program, nampaknya seperti anti klimaks. Tidak ada WOW Factor. Tak ada langsung desas desus atau sok-sek dikalangan ahli ahli UMNO yang memperlihatkan tekanan keatas YAB Presiden UMNO mencecah tahap kritikal...

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment