Thursday, December 10, 2015
Muhyiddin Jangan Mimpi Nak Sailang Presiden UMNO
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan
sebagai orang nombor 2 didalam sesuatu jawatan, orang tersebut perlulah
membantu orang nombor 1 dan bukannya mengambil kesempatan dengan
menyailang kedudukan orang 1 tersebut.
Beliau berkata demikian bagi memberi peringatan kepada semua rakyat
termasuk ahli-ahli Umno supaya saling membantu walaupun terdapat
kesilapan yang dilakukan oleh orang nombor 1.
Jelas Zahid, sekiranya orang diatas kita melakukan kesilapan, adalah
tugas kita menegur dengan menggunakan saluran yang betul, bukannya
menegur dalam masa sama mengambil kesempatan untuk mengisi jawatan
tersebut.
Dalam masa sama Zahid berkata, beliau selaku orang nombor 2 dalam
kerajaan akan terus bertanggungjawab mempertahankan institusi kepimpinan
dan membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Sama ada peraturan yang tertulis atau peraturan tersirat, tugas orang
nombor 2 adalah membantu tugas orang nombor 1. Saya akan melakukan tugas
sebaik mungkin dan tidak akan melebihi tugas yang sepatutnya diberikan
kepada saya," kata Zahid.
Apa yang dapat diperkatakan, perkara sedemikian perlu ditanam didalam
diri Muhyiddin yang kini masih memegang jawatan Timbalan Presiden Umno.
Muhyiddin kini dilihat lebih 'meroyan' ekoran dipecat daripada kabinet
ekoran tindakannya yang cuba mengambil kesempatan untuk mengambil alih
kerusi Perdana Menteri.
Walaupun dipecat sebagai orang nombor 2 didalam kerajaan, beliau masih
memegang orang nombor 2 di dalam parti dan Muhyiddin dilihat tidak
mengamalkan peraturan tersebut di dalam part, apabila beliau telah
melakukan gerakan dengan menubuhkan '5M' untuk menyingkirkan Najib
sebagai Presiden.
Dengan tindakan itu, kita dapat menyifatkan tindakan Muhyiddin sebagai
'gila kuasa' kerana mengambil kesempatan dengan kemelut yang melanda
presiden parti untuk kepentingan diri dan kroninya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment