Thursday, December 10, 2015

Lagi Kes Minta Maaf Lepas Kena Saman Fitnah... Mustapa vs PAS

Bukan sekali, bukan dua kali tapi sudah berkali-kali kes seumpama ini berualang... tabur fitnah, kena saman, berkeras kononnya mereka benar, lepas pengurusan kes di mahkamah, mengaku salah dan minta maaf.

Kali ini kes saman fitnah dikemukakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad terhadap PAS serta tiga lain diselesaikan secara baik.

Kes saman itu adalah berhubung dakwaan kenyataan fitnah berhubung saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Selain PAS, tiga lagi defendan ialah bekas Setiausaha Agung PAS yang juga pemegang permit akhbar Harakah, Datuk Mustafa Ali; Ketua Pengarang Harakah, Zulkifli Sulong; dan pengarangnya, Azmi Yusof.

Kes saman itu diselesaikan selepas keempat-empat defendan memohon maaf melalui kenyataan yang dibacakan peguam Sharifah Nur Asmaa' Syed Azman dalam prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Nor Bee Ariffin Selasa.

Nor Bee kemudian merekodkan penghakiman persetujuan dan memerintahkan keempat-empat defendan membayar RM20,000 kepada Mustapa selaku plaintif.

Dalam kenyataan itu, Sharifah Nur Asmaa' berkata semua defendan mengakui tiada asas berhubung dakwaan dan kenyataan yang dipertikaikan dan menyesali kerana ia diterbitkan. Nur Asmaa' berkata sehubungan itu mengambil peluang untuk menarik balik dakwaan serta kenyataan yang dipertikaikan itu.

Peguam itu berkata, semua defendan juga memohon maaf tanpa bersyarat ke atas rasa tertekan dan perasaan malu yang dialami plaintif berikutan penerbitan dan penerbitan semula kenyataan serta dakwaan itu yang tidak benar dan tidak berasas.

Kenyataan dan dakwaan itu terkandung dalam artikel bertajuk 'Lahad Datu: Menteri Sepatutnya Letak Jawatan' yang diterbitkan dalam Harakah pada 24 Mac 2013.-8/12/2015

Berikut disiarkan beberapa fakta 'fitnah dulu... minta maaf kemudian' oleh pembangkang.

1. MP PKR  Kelana Jaya Wong Chen pada Rabu memohon maaf kepada Pengarah Urusan Goldman Sachs Malaysia Datuk Yusof Annuar Yaacob kerana tersilap meletakkan namanya bagi soalan yang hendak ditanya di Parlimen.

"Saya mengaku tersilap meletakkan nama Datuk Yusof Annuar Yaacob dan bukan sebaliknya nama Datuk Suboh Md Yassin (pengarah SRC International Sdn Bhd Datuk Suboh Md Yassin). Atas kesilapan itu, saya dengan ini secara terbuka memohon maaf kepada Datuk Yusof Annuar Yaacob," kata beliau dalam satu kenyataan media.

2. Ahli Parlimen PKR Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin FITNAH Jamil Khir Baharom guna duit zakat untuk biayai kos guaman Menteri dalam kes qazaf Anwar Ibrahim. Jamil Khir bawa ke mahkamah. Setelah fitnah berjalan begitu jauh, akhirnya Shamsul mengaku bersalah dan mohon maaf.

3. Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah FITNAH bekas Menteri, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sehari sebelum PRU 13 berhubung isu pembelian tanah di Bukit Kiara. Reputasi merudum, Raja Nong Chik kalah di Lembah Pantai pada PRU 13. Fitnah bermaharajalela tanpa sempadan. Kesudahannya, kes dibawa ke mahkamah. Nurul Izzah mengaku bersalah dan mohon maaf.

4. Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli FITNAH isteri PM, Rosmah Mansor beli cincin bernilai RM24 juta. Setelah dibawa ke mahkamah, Rafizi kata, dia hanya bergurau. Penipuan merebak begitu cepat dan pantas. Bagi Rafizi 'Rosmah beli cincin RM24 juta hanyalah gurauan'. Rafizi mengaku bersalah dan mohon maaf.

5. Ahli Parlimen PKR Batu, Tian Chua FITNAH bahawa UMNO terlibat merancang konspirasi pencerobohan di Lahad Datu. Masuk mahkamah, Tian Chua mengaku bersalah dan minta maaf kepada UMNO.

6. Bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin FITNAH Perdana Menteri, Najib Razak kononnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipanggil untuk siap siaga berbuat sesuatu jika BN kalah pilihan raya umum. Nizar mengaku salah dan mohon maaf.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment