Thursday, December 10, 2015
Ini Amaran Keras Dari Najib Pada Bangsa Melayu Dan Umat Islam di Malaysia
Rakyat Malaysia sekarang ni hanya diberi dua pilihan, sama ada mahu
memilih pemimpin yang memerintah negara yang beragama Islam atau nak
pilih pemimpin yang beragama kafir?? Sama ada rakyat mahu terus menerima
dan memberi sokong sepenuhnya kepada Barisan Nasional (BN) yang
didominasikan oleh Umno atau pun dorang sanggup jadi hamba abdi kepada
Pakatan Harapan atau pembangkang yang dimonopoli oleh DAP??
Pilih lerrr…. Sanggup ke korang tengok tanah Melayu yang dipertahankan
orang dulu-dulu sanggup berjuang bergadai nyawa untuk merebut kembali
tanah Melayu dari pemerintahan orang luar, jatuh kembali kepada tangan
orang ‘asing’?? Sanggup??
Sebab itu lah Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat andaian
bahawa, sekiranya rakyat negara ini berkeras mahu menyokong pengkhianat
dalam parti Umno dan menolong mereka teruskan agenda menggulingkan Umno,
maka mereka akan melihat tidak lama lagi negara ini akan dikawal
sepenuhnya oleh mereka yang menidakkan perjuangan Islam.
Silap-silap semua hukum hakam pasal Islam akan dimansuhkan dan mereka
akan membuang terus perjuangan orang Melayu dan Bumiputera. Kepentingan
orang Melayu juga akan diabaikan dan sebaliknya hanya difokuskan kepada
orang-orang mereka sahaja. Secara automatiknya orang Islam akan
ditindas.
“Bencananya yang akan menimpa. Apakah kita mahu masa depan anak dan cucu
dan agama Islam dipertaruh kepada selain daripada kepimpinan Melayu dan
Islam sedia ada? Nauzubillah…” kata Najib ketika merasmikan Perhimpunan
Agung UMNO 2015 di PWTC.
Sementara itu Najib juga membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed yang
mahu mewujudkan kerajaan dua parti kononnya bagi memudahkan urusan
pemerintahan kerana menurut Mahathir pemerintahan satu parti tidak akan
bertahan selamanya.
Perdana Menteri menerangkan bahawa kerajaan tidak pernah terlintas untuk
mewujudkan sistem dua parti walaupun negara kita mengamalkan sistem
demokrasi. Perkara tersebut tidak akan pernah berlaku walaupun didesak
Mahathir atau sesiapapun. Idea Mahathir ni sebenarnya hanya akan
menyusahkan lagi pentadbiran negara dan seterusnya membahayakan negara.
“Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham
pengertian demokrasi, tetapi dari sudut falsafah dan perjuangan UMNO itu
sendiri yang memartabatkan bangsa dan mempertinggikan syiar Islam.
“Saya ingin bertanya kepada perwakilan dan ahli UMNO semua, takkan kita
tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu?,”
katanya.
Semua ini hanya sebagai satu perangkap yang dipasang oleh parti
pembangkang dalam cubaan mereka untuk lebih terjerumus dalam
pemerintahan negara. Nanti slow-slow mereka akan merampas tapak
pemerintahan negara jika perkara sebegini berlaku.
Lebih baik negara diperintah oleh pemimpin-pemimpin Islam kerana
majoriti penduduk di negara ini rata-ratanya adalah beragama Islam.
Kepentingan pun dijaga, hak dibahagi sama rata, agama Islam dan agama
lain pula terpelihara jadi mengapa kita nak susah-susah ubah
pemerintahan sedia ada ni?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment