Thursday, December 10, 2015
Peninju Muhammad Ali Seru Umat Islam ‘Lawan’ Trump
AMERIKA SYARIKAT : Peninju legenda Muslim, Muhammad Ali menyeru
umat Islam “bangkit” menentang Donald Trump yang menggunakan Islam
sebagai agenda peribadi mereka sendiri.
Beliau membuat kenyataan itu sebagai reaksi kepada ucapan anti-Islam oleh calon presiden Donald Trump.
Merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai, katanya, “Saya seorang Muslim
dan tidak ada unsur Islam pun untuk membunuh orang yang tidak bersalah
di Paris, San Bernardino, atau di mana sahaja di dunia.
“Orang Islam yang sebenar-benar tahu bahawa pengganas kejam yang
kononnya menggelar diri sebagai penjihad Islam sangat bertentangan
dengan piagam agama kita.
“Pihak berkuasa Amerika perlu menggunakan kedudukan mereka untuk
membentuk pemahaman yang benar tentang agama Islam dan menjelaskan
bahawa pembunuh-pembunuh sesat itu telah menyerongkan pandangan rakyat
kepada Islam yang sebenar,” kata bekas juara heavyweight dunia dan
aktivis keamanan.
Banyak pihak berkuasa Amerika juga pihak berkuasa asing telah mengecam
komen Trump, tidak ketinggalan juga White House juga berkata pendirian
Islamofobia Trump itu “membatalkan kelayakan” dia dari bertanding untuk
pilihan raya presiden 2016 di Amerika Syarikat.
Walaupun pelbagai tohmahan diberikan padanya, jutawan dan bekas bintang
TV realiti itu tetap mempertahankan cadangannya, seterusnya berkata
“Saya tidak peduli.”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment