Wednesday, December 02, 2015

Adat Berorganisasi Yang Perlu Kita Fahami

http://www.pbu.edu.my/pbuv4/images/stories/page-admin.jpg
Lazimnya masyarakat kita memang sudah mengenal system berorganisasi sejak dari dulu sehinggalah sekarang, sejak zaman penjajahan pastinya masyarakat kita sudah mengenal apa maksud ketua sesebuah organisasi.

Pelbagai sistem pentadbiran yang terdapat di dalam dunia ini contohnya monarki, anarki, komunis, liberal, dan pelbagai lagi, namun negara kita Malaysia mengamalkan sistem yang bercirikan “Westminster” kerana negara kita mendapat kemerdekaan dari pada Britian kerana satu ketika dahulu kita dijajah oleh negara ini untuk tempoh yang lama.

Dan pada masa itu sistem demokrasi Raja perlembagaan adalah system yang dirasakan terbaik dan dipilih sebagai sistem untuk mentadbir negara kita. Pastinya pelbagai perkara telah dipertimbangkan sebaiknya-baiknya ketika itu dari segi hubungan politik dengan kuasa luar, mengekalkan ketuanan melayu, mengekalkan konsep masyarakat bersultan, kemajmukan bangsa, dan lain-lain lagi.

Apabila kita berbicara mengenai demokrasi pastinya kita tidak akan terlepas untuk membicarakan mengenai hak kebebesasan bersuara. Hal ini pastinya membawa kebaikan pada kita semua kerana kita tidak merasakan diri kita dijajah dalam diam dan kita bebas menyuarakan pendapat dan perbedaan.

Namun harus kita ingat kebebasan ini bukanlah satu kelebihan ataupun ruang untuk kita berbicara sesuka hati mengenai apa-apa isu, ini kerana landskap masyarakat negara kita yang majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama adalah satu risiko yang harus kita kawal bersama-sama.

Pastinya kita tidak lekang dengan berita dari luar negara di mana peperangan saudara, peperangan bangsa , peperangan sesama sendiri dalam negara dan perkara inilah yang harus kita elakkan terjadi walau kita sudah mendapat pengajaran pertama melalui peristiwa 13 Mei.

Dalam mana-mana pentadbiran pastinya akan ada seorang ketua, walau di peringkat rendah seperti peringkat kampong pasti akan ada ketua kampong, dan sudah menjadi adat seseorang ketua akan dihormati untuk mengetuai sesebuah organisasi.

Ketua atau pemimpin adalah satu tanggungjawab yang besar,apabila individu ini dipilih secara majoriti dalam sistem demokrasi, di dalam demokrasi majoriti akan mengatasi minoriti dan minoriti harus menghormati keputusan majoriti dalam pemilihan.

Dan sudah menjadi adat dan syarat ketua yang di pilih harus dihormati dan diikuti kerana acuan perjalanan sesebuah organisasi akan ditentukan oleh seseorang ketua.

Dan bukan semua keputusan adalah hak prerogative ketua setiap keputusan yang diambil akan ditentukan oleh jawatankuasa tertinggi sesebuah organisasi itu,dan di situ akan berlaku sistem pemilihan demokrasi di mana barisan jawatankuasa akan menentukan keputusan-keputusan yang terbaik untuk sesebuah demokrasi. Majoriti akan menewaskan minoriti dan sekali lagi minoriti harus menghormati keputusan majoriti.

Tiada hak atau syarat untuk mengubah sistem itu, oleh kerana itu adalah penting untuk kita mengetahui dan menghormati adat di dalam organisasi orang nombor dua juga tidak boleh mengatasi mana-mana kuasa suara majoriti.

Jika ada sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak bersependapat perkara paling terbaik untuk dilakukan adalah untuk diam dan hormati keputusan atau keluar dari organisasi atau pun merebut taktha organisasi pada masa yang sesuai. Bukannya menjadikan alasan ‘kebebasan bersuara’ kerana alasan itu bukan membawa kebaikan malahan membawa keburukan.

Membuat kenyataan secara terbuka dan memburukkan keputusan majoriti bukanlah sesuatu yang baik dan ia akan menguburkan organisasi tersebut, bukannya akan memulihkan organisasi itu ,seharusnya untuk kekuatan sesebuah organisasi solidariti bersama majority adalah yang terbaik untuk melancarkan agenda sesebuah organisasi itu.

Selain itu adat berorganisasi juga memerlukan kerjasama dan perpaduan yang kuat di kalangan ahli organisasi agar kekuatan organisasi itu tidak boleh dipecah belahkan sewenang-wenangnya, tindakan menikam dari belakang, membelakangkan keputusan majoriti adalah satu tindakan yang boleh dianggap sebagai tindakan seseorang yang mempunyai agenda peribadi.

Adalah amat penting untuk kita menghormati perlembagaan dan juga juga konsep demokrasi kerana apa sahaja kita capai hari ini adalah bereteraskan kerjasama dan perpaduan. Politik agenda peribadi seharusnya bukan digunakan untuk menghancurkan sesebuah organisasi dan amnya sesebuah negara. 

Kuasa eksekutif pentadbiran pastinya adalah sudah menjadi hak mutlak seseorang perdana menteri yang dipilih dari sebuah parti yang memenangi majoriti pemilihan dalam pilihanraya umum. Dan doktrin pembahagian kuasa ini sudah diperakui selama bertahun-tahun, namun hari ini ada pihak cuba mengubah dotrin ini dengan mengwujudkan “Council of elders’’ untuk menasihat Ketua Eksekutif dan ini adalah amat bertentangan dalam konsep demokrasi.

Apalah guna untuk bersusah payah mendapat mandat namun akhirnya akan menjadi boneka dan dikawal oleh individu lain,pokok utamanya adalah sudah menjadi asas dan titik permulaan untuk mengubah system yang di perakui terbaik setakat ini. Dan sistem ini seharusnya dikekalkan dan bukan diubah semata-mata memenuhi kepentingan peribadi.

Kembali kepada konsep demokrasi , suara majoriti harus dihormati dan minoriti boleh mencabar keputusan majoriti pada masa akan datang iaitu masa yang sesuai untuk mencabar kepimpinan sedia ada dan proses ini akan berterusan kesucian demokrasi itu perlu dipelihara.

Kesimpulannya untuk berorganisasi kita harus menghormati adatnya dan juga tanggjawab kita untuk membantu seorang ketua, dan juga sentiasa menghormati keputusan majoriti walau sekecil mana majoriti, majoriti akan terus mendominasi keputusan. Kebebasan bersuara bukan bermaksud kebebasan meruntuhkan organisasi dan sistem negara. 

Kebebasan bersuara ada pentasnya seperti mesyuarat dikalangan organisasi di dalam mesyuarat adalah pentas perbincangan dan akhirnya ahli organisasi kena menghormati keputusan majoriti, tindakan untuk berdiam di dalam mesyuarat namun bersuara diluar adalah satu sifat yang amat memalukan.

Syed Mohd Hamizan Bin Roslan
Ahli Parlimen Belia Malaysia

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment