Monday, December 28, 2015
Fahami Dasar Politik Sebelum Kecam Khairy, Bidas Pemuda Pulau Pinang Terhadap DAP
NIBONG TEBAL : Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang menyelar
tindakan Pengerusi Biro Ekonomi Dap Perak, Chong Zemin yang menyifatkan
kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin
berkaitan sekatan Pasukan Luncur Angin Israel dalam Kejohanan Perahu
Layar Remaja Dunia Persekutuan Perahu Layar Antarabangsa 2015 (ISAF YWC
2015) di Langkawi sebagai sentimen politik dan peribadi.
Ketuanya Rafizal Rahim menegaskan kenyataan tersebut sangat radikal
kerana penarikan diri pasukan itu adalah disebabkan polisi diplomatik
antara Malaysia-Israel.
Jelas
beliau lagi dasar politik antarabangsa di antara Malaysia-Israel
haruslah difahami terlebih dahulu sebelum mana-mana pihak membuat
sebarang kenyataan.
“Sesungguhnya penarikan diri pasukan Israel tidak langsung disebabkan
oleh tindakan atau hasrat Khairy untuk merumitkan proses penyertaan
Israel ke kejohanan tersebut.
“Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang ingin menasihati Pengerusi Biro
Ekonomi Dap Perak untuk tidak mempolitikkan isu ini dan lebih memahami
dan patuh kepada Dasar Luar Negara khususnya Malaysia-Israel”, katanya
kepada pihak media di sini.
Justeru tambahnya Pemuda UMNO Pulau Pinang mengambil ketetapan teguh
menyokong penuh tindakan Kerajaan Malaysia dan Khairy Jamaludin sebagai
Menteri Belia dan Sukan Malaysia berkaitan isu ini.
“Isu ini tidak sepatutnya dijadikan bahan politik murahan Dap kerana
ini. Janganlah semua perkara hendak dijadikan bahan mereka menyemai rasa
benci di hati rakyat kepada kerajaan,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment