Thursday, December 10, 2015
Kritikan Di Laman Sosial Pemimpin Bukanlah Luar Biasa – Abdul Rahman
KUALA LUMPUR : Komen dan kritikan negatif terhadap pemimpin di
laman sosial milik para pemimpin bukanlah sesuatu yang luar biasa, kata
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman
Dahlan.
Malah, kata beliau, semua pemimpin dunia kini menerima kritikan dan komen negatif termasuk pelbagai tuduhan yang tidak berasas.
Mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY) berkenaan rakyat
menolak kepimpinan negara berdasarkan komen di laman sosial seperti
Facebook dan Twitter, Abdul Rahman berkata:
“TSMY kata rakyat tolak Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)
kerana ramai maki dalam Facebook dan Twitter. Fenomeona ini biasa.
Tengok saja Facebook dan Twitter pemimpin besar negara lain,” kata Abdul
Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan, menerusi laman Twitter beliau, @mpkotabelud, hari ini.
Beliau berkata timbalan presiden UMNO itu juga perlu sedar bahawa
perkara yang sama turut berlaku kepada beliau (Muhyiddin) ketika masih
berada dalam barisan kabinet.
“Kalau nak pilih pemimpin ikut komen Facebook dan Twitter, semasa
TSMY dalam kabinet, Facebook dan Twitter beliau jugak penuh maki hamun.
Dia cuti rehat tak?” tanya Abdul Rahman.
Semalam, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO, hadir dan member
ucapan dalam acara yang dinamakan ‘Majlis Bersama Timbalan Presiden
UMNO’ di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru di sini, dengan terus
lantang mengkritik kepimpinan perdana menteri.
Abdul Rahman menegaskan hanya terdapat satu institusi dalam mana-mana
parti politik sekalipun, iaitu institusi Presiden, dan ia perlu
dipertahankan semua anggotanya.
“Belum pernah saya dengar ada institusi Timbalan Presiden,” katanya.
Abdul Rahman berkata Muhyiddin seharusnya menasihatkan bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berehat daripada terus terlibat
dalam politik negara.
“Nasihat Tan Sri Muhyiddin supaya ‘berehat’ perlu ditujukan kepada Tun (Dr) Mahathir. Lama sangat dah….,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment