Thursday, December 10, 2015

Muhyiddin Kena Tegur Dengan Presiden UMNO

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4hubJIG4Usse_AdaN1LPP8SLhe6ke0qkm0p74OMoR1dh-b-nOrEEsypssOHe6ptW5Lv5wl9gZH0EMNYnW04yzLIu_xDPhAe9baCepFmw9GVuTBn6Xd5HLDLmneDu-cKrfCcss1AkCFJCQ/s320/Muhyiddin+Yassin.jpg
Dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015 yang sedang berlangsung kini, Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib secara terbuka menyelar tindakan biadab dan tidak beretika yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir Mohamed yang begitu giat cuba menjatuhkan kedudukan beliau selaku Presiden parti.

Secara tebuka, Presiden parti menyatakan betapa tidak setianya timbalan beliau sehingga sanggup menghasut ahli-ahli UMNO supaya turut sama dengan beliau dalam usaha menjatuhkan pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib. Malah beliau secara terbuka menyatakan hasil daripada tindakan ini pasti akan merugikan UMNO dan pada masa yang sama memupuk perpecahan dalaman parti yang ada hari ini.

Datuk Seri Mohd Najib tidak kisah kepada perbezaan pendapat yang mungkin berlaku. Namun beliau jelas kesal dengan tindakan biadab pemimpin tertinggi sehingga menunjukkan contoh yang jelas tidak elok kepada semua ahli UMNO.

Mengenai Tun M pula, beliau jelas menyatakan bahawa beliau dan semua ahli UMNO amat menghormati dan mengenang semua jasa-jasa yang telah ditabur oleh Tun M semasa pentadbirannya. Namun apa yang dilakukan oleh bekas Presiden UMNO ini nyata terlalu songsang dan tidak dapat diterima. Ini kerana beliau sewajarnya membantu melicinkan pentadbiran, bukan merosakkan pentadbiran dengan hasutan tanpa sebarang bukti.

Nyata ucapan yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Mohd Najib nyata menjawab begitu banyak persoalan dan sekaligus menjawab semua pertuduhan yang dilemparkan oleh Tan Sri Muhyiddin dan Tun Dr Mahathir sewaktu perhimpunan majlis bersama Timbalan Presiden di Kelab Sultan Sulaiman Isnin lepas.

Apa yang pasti, wajah mereka berdua jelas merah padam dan menampakkan kemarahan yang disimpan yang tidak dapat dilepaskan. Adakah ini yang mereka cari? Masih ingin memecah belahkan UMNO dengan hasutan fitnah mereka?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment