Monday, December 28, 2015
AJK Pusat PSM Ditahan Di Bawah Akta Hasutan
KUALA LUMPUR : Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khairul Nizam Abd Ghani ditahan polis di bawah Akta Hasutan.
Khairul Nizam telah pergi ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi kira-kira pada
pukul 10 pagi Isnin untuk diambil keterangan tetapi ditahan.
Setiausaha Agung PSM, Sivarajan Arumugam yang bercakap kepada pemberita
di luar balai polis berkata kesalahan yang dilakukan Khairul Nizam tidak
dimaklumkan pihak polis.
Sivarajan mendakwa polis merancang untuk menahan Khairul Nizam apabila
mereka sedang mengadakan forum mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-
Pasifik (TPPA) di Kuala Terengganu pada Jumaat lalu.
Beliau berkata selepas mengadakan perbincangan, polis bersetuju tidak
menahan Khairul Nizam pada waktu itu dan membenarkannya pergi ke Dang
Wangi untuk disoal-siasat.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment