Thursday, December 10, 2015
Rafidah Aziz Kutuk Muhyiddin di Facebook
Bekas ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz memberi nasihat yang agak
berguna kepada semua ahli-ahli Umno termasuklah sampah-sampah dalam
parti agak tidak terlalu taksub nak tunjuk kehebatan masing-masing
semasa parti Umno diancam pelbagai isu dan krisis negara.
Tambahnya, ruang yang ada dalan perhimpunan agung tahunan parti tidak
seharusnya dijadikan sebagai satu platform untuk menonjolkan sokongan
mereka kepada individu-individu yang dipercayai mereka sahaja, atau
lebih tepat orang-orang mereka. Perhimpunan Agung Umno (PAU) ke-69 kali
ini bukanlah tempat untuk menayang kehebatan diri sendiri.
"Mengenai PAU, janganlah mana-mana pihak menjadikannya sebagai
gelanggang menunjukkan kehebatan atau menunjukkan sokongan kepada
mana-mana individu.
“Atau mendatangkan retak dan belah dalam Umno serta menyebabkan serba
salah akan siapa yang akan disokong, ditentang, dipuji-puji atau
dicerca,” tulis bekas menteri Kabinet itu di Facebook.
Rafidah mengeluarkan kenyataan tersebut merujuk kepada Tan Sri Muhyiddin
Yassin kerana bekas timbalan perdana menteri dilihat mahu tunjuk hebat
selepas digugurkan daripada Kabinet kerana lantang mengkritik syarikat
sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Turut memberi amaran bahawa jangan jadi seperti menyetuk tin kosong,
cakap je banyak kerja satu habuk pun tak jalan, lepas tu syok sendiri
ingat orang lain sokong perbuatannya mengkritik parti sendiri.
"Janganlah 2015 menjadi tahun Umno mula menghadapi kemalapan dan kegelapan.
“Jangan dibiarkan sengketa dan perbalahan menjadi antara faktor-faktor menghancurkan Umno," katanya.
Sepatutnya dorang dah buang sampah-sampah yang membusuk dalam parti ni,
nak bela buat apa lagi kalau takde kepentingan dan takde gunanya. Buat
habis beras ja orang tua kata.
Kalau kita mahu parti Umno kuat, berwibawa, dihormati dan disegani dan
lebih penting disokong sebahagian besar rakyat, so kita kena pastikan
yang parti Umno sentiasa bersih, padu, aktif di akar umbi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment