Thursday, December 10, 2015

Shafie Apdal Kena Pecat Sebab Tak Tahu Jaga Sabah


Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal dalam satu kenyataan memaklumkan Barisan Nasional (BN) berdepan kesukaran untuk mengekalkan Sabah sebagai kubu kuat ekoran kontroversi yang terpalit terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Shafie pengundi di negeri Borneo itu sudah hilang kepercayaan terhadap BN kerana beliau gagal untuk menjawab pertanyaan rakyat Sabah berhubung kontroversi yang melanda negara.

Shafie berkata, pengundi di Sabah sering bertanya kepada beliau berhubung isu cukai barangan dan pekhidmatan (GST) dan peruntukan kebajikan di kediaman mereka, tetapi beliau tidak mampu menjawab pertanyaan itu.

"Sokongan semakin berkurangan. Ia semakin menurun. Apabila saya turun ke bawah, ramai yang menyokong sudah berkurangan dari sudut pandangan mereka.

"Apabila mereka mengaitkan GST, kadangkala ia memeningkan untuk kita jelaskan. Mereka bertanya kami hanya minta jambatan, air atau rumah PPR tapi 1MDB belanja berbilion. Jadi mereka mahukan penjelasan," kata Shafie.

Nampaknya, Shafie cuba menjadi seperti Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan menyalahkan kerajaan persekutuan apabila diri sendiri gagal mentadbir dengan baik di kawasan sendiri.

Kerajaan persekutuan telah pun memperuntukkan satu jumlah di negeri Sabah untuk menambah baik infrastruktur seperti dibina jambatan baharu kepada penduduk sabah yang tinggal di rumah atas air.

Tetapi, perkara itu tidak dilakukan wakil rakyat seperti Shafie sehingga beliau terpaksa berbasah ketika melakukan lawatan ekoran jambatan runtuh. 

Kehilangan sokongan pengundi di Sabah bukanlah berpunca daripada kemelut yang melanda Najib, sebaliknya berpunca daripada Shafie yang gagal menerang dan menjelaskan dengan baik kepada rakyat di negeri itu.

Rakyat Sabah yang meminta kepada Shafie untuk menerangkan mengenai masalah negara seperti pelaksaan GST dan isu 1MDB, tetapi Shafie dilihat sengaja menghilangkan kepercayaan terhadap parti pemerintah dengan tidak menjawab pertanyaan dan memberi penjelasan tersebut. 

Jadi, keputusan Najib memecat Shafie dari kabinet adalah keputusan tepat memandangkan Shafie gagal menjalankan tugas beliau sebagai wakil rakyat dan pemimpin negara.
 
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment