Thursday, December 10, 2015
PANAS !! Muhyiddin dan Shafie Tunjuk Protes semasa Najib Berucap
Nampaknya Muhyiddin serta Shafie Apdal membuktikan keberanian mereka
untuk memprotes Presiden parti di Perhimpunan Agung UMNO 2015.
Ramai perwakilan UMNO terkejut apabila Muhyiddin dan Shafie tidak bangun
dan memberi sokongan kepada Najib ketika beliau berucap dan melaungkan
'Hidup UMNO'.
Dipercayai, tindakan memprotes oleh Muhiddin dan Shafie itu bertujuan
memalukan Najib dan bagi menunjukkan kepada semua ahli UMNO bahawa
mereka kini tidak lagi bersama 'kem Najib'.
Tindakan Timbalan serta Naib Presiden UMNO itu juga dipercayai ekoran
dari hasil mesyuarat MT semalam yang langsung tidak membenarkan
Muhyiddin serta Shafie berucap sewaktu penggulungan hujah nanti.
Hanya Presiden parti sahaja yang dibenarkan untuk berucap bagi mengelakkan berlakunya perpecahan didalam PAU 2015 kali ini.
Mahathir yang turut hadir bagi mendengar ucapan Najib kelihatan hanya
tersenyum sinis melihat tindakan 'orang-orang kanannya' diatas pentas.
Mungkin Mahathir merancang sesuatu kerana difahamkan akan ada sidang
akhbar yang akan dibuat oleh Muhyiddin sebentar nanti.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment