Monday, December 28, 2015
#2kerja:"Saya Maksudkan Kerja Harian dan Perniagaan Dalam Talian" - Ahmad Maslan
PETALING JAYA : Dalam mempertahankan cadangan beliau bahawa rakyat
Malaysia harus melakukan tiga kerja bagi menampung kos sara hidup yang
semakin meningkat, Datuk Ahmad Maslan berkata apa yang dimaksudkannya
itu adalah dari segi konteks perniagaan dalam talian selain kerja sedia
ada.
Beliau berkata dirinya turut mempunyai tiga tugas dalam satu masa iaitu
sebagai Ahli Parlimen, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa &
Industri dan Ketua Penerangan Umno.
"Saya ada 3 kerja: Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, Ketua Penerangan
Umno. Ramai dah di Malaysia buat #2kerja. Berusaha gigih cari rezeki
yang halal.
"Jika kerja sedia ada waktu siang, boleh business online waktu malam dan
hujung minggu asal tak jejas prestasi, boleh tambah pendapatan,"
tulisnya di Twitter pada Selasa menggunakan hashtag #2kerja.
Terdahulu, Ahmad dalam satu majlis usahawan Johor pada Sabtu lalu
berkata bukan sesuatu yang luar biasa bagi mereka yang tinggal di
kawasan luar bandar mempunyai lebih satu pekerjaan.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menegaskan "ada diantara
mereka yang menoreh getah di waktu pagi dan bercucuk tanam di sebelah
petang, manakala memotong rumput pada waktu pagi dan membina rumah di
petang hari.
Beliau bagaimanapun menjelaskan mengenai satu laporan dalam Astro Awani
dengan tajuk yang mencadangkan kerajaan menggalakkan orang ramai
melakukan dua pekerjaan.
"Saya menyebut bahawa kementerian menggalakkan perniagaan dalam talian
untuk meningkatkan pendapatan dan ia trend semasa dalam perdagangan.
Tajuk berita Astro Awani tidak tepat.
"#2kerja ada peraturan yang perlu diikuti untuk mereka yang kerja tetap, maka patuhilah. Untuk yang kerja sendiri, tak ada isu.
"#2kerja YB Lim Guan Eng Adun/MP/CM. YB DS Wan Azizah Adun/MP/Ketua
Pembangkang. 3 kerja. Saya cadang kerja yang ada + business online.
Marah?," tulisnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment