Wednesday, December 02, 2015
Guan Eng Sepatutnya Diiktiraf Sebagai “Pakar Putar Nombor”
BUKIT BENDERA : Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
bolehlah dilabelkan sebagai pakar putar nombor apabila acapkali
memberikan kenyataan yang tidak benar atau silap kira apabila berkaitan
dengan angka.
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata kelayakan
Guan Eng sebagai akauntan amatlah diragui kerana sebagai seorang yang
mahir dengan angka, dia tidak sepatutnya kerap memberi alasan salah
kira.
“Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang akauntan, seharusnya
dia lebih peka dengan angka. Kerana angka dan kiraan adalah ‘mainannya.
Bila ada kenyataan berkaitan angka sahaja pasti ia tidak selari.
“Bila didesak, Guan Eng akan
minta maaf dan cakap salah kira… kemudian tuduh orang putar pelit
kenyataannya. Guan Eng Patut malu dengan jawatannya sebagai Ketua
Menteri,” ujarnya kepada pihak media.
Rafizal turut memberi contoh beberapa perkara yang membuktikan bahawa
Guan Eng tidak telus bila sesuatu perkara itu ada hubungkait dengan
angka.
Jelas beliau kos pembinaan terowong dasar laut contohnya, Dap pada
mulanya seakan mahu mendabik dada dan memperbodohkan rakyat apabila
membuat pengumuman berjaya mengurangkan kos kepada RM6.3 bilion daripada
kos sebenar melebihi RM8 bilion.
Tetapi tegasnya Guan Eng terlupa pernah terlebih dahulu membuat
pengumuman kos pembinaan terowong dasar laut dan tiga lebuh raya
hanyalah RM4.08 billion.
“Jika ikutkan kos permulaan ini, maka ia bertambah dan bukannya
berkurang. Begitu juga dengan kiraan undi jawatankuasa eksekutif pusat
(CEC). Dengan begitu mudah pengumuman dibuat terdapat salah kiraan.
“Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39,
tiba-tiba menduduki kedudukan ke 20 CEC. Vincent Woo pula yang pada
awalnya di tangga ke 6 dengan 1,202 undi, turun ke tangga 26 dengan
hanya 669 undi.
“Matematik apa yang mereka guna sehinggakan boleh tersilap kira dengan jumlah yang begitu banyak,” katanya lagi.
Tambah Rafizal, begitu juga dengan kesilapan mengumumkan mengumumkan
projek usahasama membabitkan Ikano sdn.bhd (ikano), Aspen Vision Land
Sdn. bhd (Aspen) dan kerajaan negeri bagi membina gedung beli – belah
IKEA di batu Kawan seluas 245 ekar tanah pada harga RM284 juta
sebaliknya jumlah yang betul adalah RM483,951,600.
Terbaru ujar Rafizal berkaitan kelulusan projek penambakan laut. Guan
Eng mengeluarkan kenyataan hanya meluluskan seluas 60 ekar sahaja sejak
2008 iaitu 35 ekar di Bayan Mutiara dan 25 ekar di Bayan Bay.
“Tetapi ibarat bangkai gajah, walau disorok tetap akan diketahui
juga. Penipuan Guan Eng terbongkar apabila cuba menyorokkan kelulusan
terhadap satu lagi projek seluas 131 ekar di persisiran Gurney Drive dan
penambahan 20 ekar di Seri Tanjung Pinang Fasa Dua.
“Inilah yang dikatakan Dap mengamalkan Cekap, Akauntabiliti dan Telus
itu? Jauh panggang dari api… Maka sekarang boleh lah kita iktiraf Guan
Eng sebagai pakar putar nombor,” sindirnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment