Wednesday, December 02, 2015

Amalan Politik Pembangkang Ancaman Kedaulatan Negara

Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang didalangi Sultan Sulu, Jamalul Kiram III pada Feb. 2013 adalah jelas perbuatan kumpulan pengganas/penyangak bersenjata terhadap kedaulatan sempadan Malaysia.

Mana tidaknya, sekumpulan lebih 200 lelaki bersenjata secara sengaja dan terancang melancarkan serangan pencerobohan untuk membuat tuntutan ke atas Sabah yang kemudiannya membawa kepada pertembungan berdarah yang memakan korban nyawa 10 wira negara.

Itu faktanya.  
wira lahad datu
Hakikat juga menunjukkan bahawa anak Jamalul, Jacel H. Kiram yang terbabit dalam dunia politik di Filipina kini menjadikan tuntutan terhadap Sabah sebagai antara bahan kempen perjuangan politiknya.

Jacel juga sehingga sekarang tidak menggugurkan tuntutannya ke atas Sabah atau merasa bersalah kerana perbuatan bapanya untuk menawarkan sebarang pampasan kepada anggota keluarga wira negara yang dibunuh secara kejam semasa pencerobohan itu.

Itu hakikatnya.

Sekaligus, sesiapa sahaja atau kelompok mana sekalipun yang ada hubungan dengan Jacel H. Kiram adalah nurul n jaceljelas sedia mempermain-mainkan kedaulatan Malaysia dan maruah rakyatnya.

Persoalannya, kenapa kepimpinan PKR sehingga ke hari ini tetap memberi sokongan kepada Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar yang secara sengaja bergambar, bukan sekali, malah berkali-kali dengan elemen simbol musuh negara itu. 
jacel1 
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sewaktu kongres parti itu di Shah Alam minggu lalu menyifatkan isu itu sebagai “perkara biasa”, malah memalukan kerana kononnya diperbesar-besarkan UMNO BN untuk mematikan watak anaknya, Izzah dari dunia politik negara.

“Ia merupakan perkara kecil.

“Soal gambar ini sebenarnya satu cara UMNO BN mahu membunuh watak Izzah dalam dunia politik. Ini permainan bagi mereka sebab itu ia selalu dimainkan,” katanya.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah, Datuk Lajim Ukim pada kongres sama turut menasihatkan Izzah, anggota parlimen Lembah Pantai supaya tidak gundah-gulana malah mendakwa rakyat Sabah sedikit pun tidak terkesan dengan tindakannya itu.

“Nurul Izzah jangan gundah-gulana, soal ambil gambar dengan anak Sultan Kiram tidak ada isu,” katanya dalam ucapan penggulungan kongres terbabit.

Persoalannya, apakah cukup permohonan maaf Izzah dan kenyataan mempertahankan tindakan beliau oleh kroni-kroni dalam PKR.

Tidakkah wujud sekelumit persoalan bahawa Jacel H. Kiram itu mungkin turut bersama bapanya, Jamalul Kiram III sewaktu merencanakan serangan di Lahad Datu yang menyebabkan 10 wira negara terkorban malah ratusan penduduk terpaksa berpindah meninggalkan kampung halaman mereka.

Tidakkah terbit persoalan bahawa selagi waris Kesultanan Sulu tidak menggugurkan tuntutan terhadap Sabah maka kejadian sama mungkin berulang lantaran beliau mungkin suatu hari terpilih mewakili kerajaan Filipina.

Malah tindakan Ahli Parlimen PKR Batu, Chua Tian Chang yang sewaktu pencerobohan itu berlaku mendakwa ia adalah sandiwara UMNO BN mempertahankan tindakan Izzah dan menyifatkan tidak adil untuk pantas mengaitkan keluarga Kiram dengan serangan “balas dendam” yang didakwa dirancang terhadap Sabah sepertimana didedahkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed terus menggamit persoalan.

Pendedahan Nur Jazlan memaklumkan bahawa tentera Sulu di selatan Filipina merancang satu lagi serangan ke atas Sabah sebagai membalas dendam selepas kegagalan cubaan tahun 2013 untuk menuntut hak milik negeri itu.

Sekaligus persoalan yang ditimbulkan bekas Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu tentunya wajar diberi perhatian.

“Jika penyangak asing bersenjata menceroboh tanah berdaulat negara dan berpecah secara berkumpulan di lokasi berasingan dan menuntut supaya Sabah diserahkan kepada Kesultanan Sulu yang tidak diiktiraf, di mana rundingan damai Kerajaan Persekutuan supaya mereka berundur tanpa pertempuran sebelum mereka melakukan serang hendap, memburaikan perut dan membunuh anggota pasukan keselamatan kita, tidak dianggap sebagai pengganas, maka kita tidak tahu bagaimana lagi mahu mengkategorikan keganasan,” katanya.

Lantas, suatu tindakan tegas perlu dilakukan kerajaan terhadap individu atau kelompok tertentu yang secara sengaja bermain politik sehingga ke tahap sedia menggadai kedaulatan negara dan rakyat.

Pastinya, rakyat tidak kira haluan fahaman mana sekalipun tidak rela maruah serta kedaulatan negara tega dipersendakan individu atau kelompok tertentu hanya kerana kerakusan dan kegilaan untuk memerintah.

Rakyat tuntut keadilan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment