Thursday, December 10, 2015
Petikan Kata-Kata Najib Pada Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2015
Berikut adalah petikan kata-kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun
Razak dalam ucapan dasarnya yang bertajuk 'UMNO: Menyempurnakan sebuah
perjuangan' ketika merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di sini hari
ini.
* Alang-alang mahu berjuang, walau langit turun menimpa, meski bumi
terbagi dua, dengan cogan kata Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat, UMNO
ini satu-satunya, parti milik kita, pertahankanlah...pertahankan
bersama.
* Kita dalam perhimpunan ini, sewajibnya tidak lain dan tidak bukan,
mesti terus menjulang kepentingan dan kedudukan bangsa serta keturunan
Melayu dan Bumiputera, di tanah tumpah darah sendiri.
* Pemimpin sebenarnya tidak lahir di bilik-bilik kuliah, sebaliknya
pemimpin itu muncul di gelanggang dan di celah-celah kemelut supaya
mampu menangani segala cabaran dan dugaan.
* Biar menggunung cabaran menghalang, meski hebat apa pun tantangan yang
tiba, saya tidak boleh sesekali menyerah kalah, bahkan dengan
beraninya, harus berdepan bagi merungkaikan masalah dan menyelesaikannya
untuk terus memimpin UMNO mara menuju kemenangan.
* Kepimpinan itu bukan soal kebongkakan menongkat langit, bukan juga
mengumpul orang di sana sini, untuk mengata dan menuduh sesuka hati.
* I am a gentleman (Saya seorang budiman), apa-apa kekusutan pun,
marilah berjumpa, duduk berbincang, kita selesaikan melalui saluran yang
betul.
* I can't just abandon our cause and drop our mission (Saya tidak boleh
tinggalkan perjuangan dengan begitu sahaja dan membiarkan misi kita),
tanpa terlebih dahulu berikhtiar, mempastikan bukan sahaja isu-isu
berbangkit dilangsaikan, malah keadaan parti dan jamaah ini hendaklah
kembali dipulihkan seperti sediakala.
* Saya tidak boleh menjadi seorang pengecut, bahkan, itu bacul namanya.
*Saya yakin, saya berada di pihak yang benar, dan kebenaran akan
terbukti juga (mengenai isu 1Malaysia Development Bhd dan dana RM2.6
bilion)
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment