Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Thursday, December 10, 2015
Mahathir Bawa Contoh Buruk Pada Generasi Muda UMNO
Kebebasan secara mutlak adalah satu konsep yang diperkenalkan pihak
barat, khususnya golongan yang tidak percayakan kewujudan Tuhan atau
dikenali sebagai golongan 'athies'. Mereka hanya percaya pada logik akal
sahaja dan kuat memperjuangkan kebebasan dalam semua perkara.
Namun bagi mereka yang beragama khususnya di kalangan penganut agama
Islam, meskipun agama Allah itu mempraktikkan kebebasan, namun masih
lagi terdapat hukum-hakam dan peraturan yang membataskan kebebasan
manusia.
Sebagai contoh, seseorang muslim itu adalah bebas untuk bersuara. Namun
kebebasan bersuara itu tidak menghalalkan kita untuk menghina, mencerca,
menabur fitnah, berdusta mahupun membuat pelbagai tohmahan yang tidak
berasas.
Selaku warganegara Malaysia pula sebagai contoh, walaupun kita bebas
bersuara di khalayak umum di negara ini, namun kebebasan tersebut tidak
membenarkan kita menghina agama lain, mencerca Raja dan Sultan, atau
membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti masyarakat.
Bagi warga UMNO pula, berkali-kali bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad 'tegur kita supaya mengkritik menerusi saluran yang
betul, tertutup dan tidak membuat kenyataan yang merugikan parti secara
terbuka di khalayak ramai.
Pesan tersebut pernah Dr Mahathir tegaskan ketika beliau menjawat
jawatan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, dan pernah juga beliau
ucapkan selepas insiden 'dah lama dah' yang menyaksikan perletakan
jawatan beliau dulu.
Namun mungkin terlupa pada kata-kata tersebut dan mungkin juga beliau
lupa pada intipati puisi 'Melayu Mudah Lupa', beliau secara tidak
berhemah telah melanggar 'teguran' yang pernah dilafazkan itu dengan
menghentam Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak secara konsisten.
Padahal, beliau sebenarnya boleh menegur atau mengkritik Najib secara
berhemah, melalui saluran yang betul dan tertutup, serta tidak
menjejaskan mana-mana pihak berkenaan perkara yang beliau pertikaikan.
Lagipun, sejak tradisi lagi masalah yang timbul di dalam UMNO hanya
diselesaikan secara sistem 'syura' di dalam keluarga UMNO sahaja dan
tidak dibawa keluar hingga dapat dihidu dari pengetahuan masyarakat.
Itulah yang menjadi amalan UMNO sejak ditubuhkan.
Namun mengapa etika berkenaan dilanggar? Digunakan pula alasan
'kebebasan bersuara' untuk menghalalkan tindakan menjatuhkan Najib? Jika
dulu beliau berkuasa, pandai pula menyebut 'gunakan saluran yang betul'
dan 'kritikan membina yang tertutup'. Tapi bila orang lain jadi
Presiden, terma tersebut beliau tukar mengikut selera nafsunya. Adilkah
begitu?
Pada pandangan penulis, contoh yang ditunjukkan oleh bekas Presiden UMNO
paling lama berkuasa itu sama sekali tidak baik kepada ahli UMNO yang
lain. Sikap sebegitu bukan satu contoh yang baik untuk dijadikan ikutan.
Sebagai contoh, sekiranya Najib berjaya dijatuhkan nanti, maka Muhyiddin
akan naik ke kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Penulis yakin
bahawa Muhyiddin juga mempunyai kisah tertentu yang memungkinkan beliau
diserang dan cuba dijatuhkan seperti Najib.
Apakah akan jadi sekiranya kempen jatuhkan Muhyiddin pula dilancarkan?
Muhyiddin jatuh, dan naik pula Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi. Kemudian
dilancarkan pula kempen jatuhkan Zahid dan beliau berjaya dijatuhkan.
Kemudian naiklah Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir jadi Presiden UMNO dan
Perdana Menteri. Apakah Dr Mahathir fikir semua orang puas hati terhadap
anaknya itu? Bagaimana jika anaknya turut diperlakukan perkara yang
sama dan jatuh tersungkur akibat dari kaedah menjatuhkan pemimpin
seperti yang Dr Mahathir lakukan?
Bila mahu habis dengan agenda menjatuhkan pemimpin? Sehingga Mukhriz
jadi Perdana Menteri baru Dr Mahathir puas hati? Penulis yakin, ramai
juga yang tidak puas hati jika Mukhriz jadi Perdana Menteri. Bukan semua
orang sukakan Mukhriz di Kedah, bukan?
Justeru kerana itulah UMNO mengenakan etika dalam meluahkan kritikan
atau menegur pemimpin. Menegur pemimpin bukan seperti kita menegur anak
kecil atau isteri di rumah. Teguran itu perlu dilakukan secara berhemah
supaya tidak menjejaskan sesiapa, bukan?
Janganlah kerana sikap dan ego yang 'maha' tinggi itu maka Dr Mahathir
menghalalkan segala tindak-tanduknya terhadap UMNO. Mungkin kerana
itulah kini ramai yang beranggapan bahawa apa yang dibuat beliau
sebenarnya meruntuhkan parti, bukannya 'membina parti' sebagaimana yang
beliau selalu sebut pada media.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment