Menurut sebuah portal, Muhyiddin melemparkan kata-kata carut itu sebagai tanda tidak puas hati terhadap keputusan mesyuarat MT yang memutuskan hanya Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak akan melakukan ucapan penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2015 Sabtu ini.
Dikhabarkan Muhyiddin melemparkan kata-kata kesat tersebut dihadapan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein sejurus selepas mesyuarat MT selesai.
"Kenapa tak bagi akau berucap, P****** betul," jerit Muhyiddin kepada Hishamuddin dengan nada tinggi.
Persoalannya, mengapa sampai mencarut seperti budak-budak yang berebutkan gula-gula?? Dimana sifat kepimpinan beliau sebagai orang nombor 2 di dalam parti dan diwar-warkan oleh sebilangan penyokong Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri??
Inikah pemimpin yang dibangga-banggakan rakyat Johor yang konon-kononnya mahu mengangkat Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Johor sebaik Johor mengisytiharkan keluar daripada gabungan Malaysia?? Layakkah??
Jika Muhyiddin masih tidak berpuas hati ekoran tidak dapat membuat ucapan pergulungan pada hari terakhir PAU 2015, Muhyiddin disaran untuk keluar parti dan menyertai parti Amanah Negara (PAN) yang sememangnya menanti kehadiran Muhyiddin untuk berucap bagi parti serpihan itu.
Jangan disebabkan tidak mendapat tempat untuk membuat ucapan pergulungan pada hari Sabtu ini, Muhyiddin cuba membuat onar dan kacau di kawasan PWTC sehingga menjejaskan kelancaran penutupan PAU 2015.
No comments:
Post a Comment