Thursday, December 10, 2015
Muhyiddin Bakal Dipecat oleh Lembaga Disiplin UMNO Selepas PAU2015?
Terdapat desas desus yang berlegar dikalangan penyokong Tun Mahathir,
mengatakan bahawa Timbalan Presiden UMNO akan dipecat oleh Lembaga
Disiplin UMNO selepas berakhirnya PAU2015.
Ini kerana, perbuatan Muhyiddin yang melanggar disiplin dan perlembagaan
parti sebelum ini amat serius. Lagipun, perbuatan Muhyiddin yang secara
terang-terang mendesak supaya Presiden UMNO meletakkan jawatan
disifatkan sebagai satu penderhakaan.
Jika benar Muhyiddin akan dipecat dari parti, ini bermakna beliau akan
menuruti jejak langkah Anwar Ibrahim yang turut dipecat dari jawatan
yang sama oleh Tun Mahathir dahulu. Perbezaannya cuma, Anwar mempunyai
ramai penyokong manakala Muhyiddin hanya keseorangan serta mengharapkan
bantuan Mahathir sahaja.
Sebentar tadi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor telah mengesahkan kertas siasatan terhadap Muhyiddin kini sudah
siap dan akan dihantar untuk diteliti Lembaga Disiplin UMNO dalam masa
terdekat.
Menurut Ku Nan, kertas siasatan di dalam kes melanggar disiplin dan
perlembagaan parti itu akan diteliti oleh Lembaga Disiplin UMNO sebelum
apa-apa tindakan diambil terhadap Muhyiddin.
Muhyiddin kini disifatkan berada didalam keadaan yang merugikan setelah
memilih untuk "melanggar" Presiden parti didalam isu 1MDB serta Dana
Politik RM2.6b. Ramai dikalangan penganalisis politik menyifatkan
Muhyiddin hanya dijadikan 'alat' oleh Mahathir yang merupakan dalang
sebenar komplot menggulingkan Najib.
Jika dipecat dari UMNO, Muhyiddin akan menerima nasib yang sama seperti
mereka-mereka yang menentang UMNO sebelum ini. Sebagai contoh, lihat
sahaja bagaimana bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Taib yang kini
masih tercari-cari parti politik yang sesuai untuk berpaut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment