Monday, December 28, 2015
Alahaiiii Kenapa Bangang Sorang Ni...... Bayar PTPTN Jika Gaji Cecah RM 4,000
SHAH ALAM : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa
meminda semula peraturan pembayaran pinjamannya jika peminjam
memperolehi gaji sebelum cukai RM4,000 sebulan.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, kelonggaran itu perlu
diberikan dengan syarat peminjam mengemaskini butiran pekerjaan dan gaji
yang disahkan oleh majikan setiap enam bulan.
"Ini bagi memastikan mereka membayar secara potongan automatik mengikut
jadual yang dipersetujui setelah gaji mereka mencecah RM4,000 sebulan.
"Peminjam yang engkar boleh dikenakan tindakan undang-undang walaupun
skim bayaran yang lebih adil telah ditawarkan kepada mereka," katanya
dalam satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam
(Cuepacs) mungkin akan menarik balik kebenaran kepada PTPTN membuat
pemotongan gaji untuk kakitangan awam, sekiranya agensi itu masih
melaksanakan pemotongan maksimum.
Presiden Cuecpacs, Datuk Azih Muda melahirkan kekesalannya apabila ada
kakitangan awam yang dipotong gaji pada kadar maksimum yang disifatkan
sebagai tidak wajar.
Dalam pada itu, Rafizi selaku Naib Presiden PKR juga berkata Pengerusi
PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah digesa menghentikan potongan bayaran
maksimum PTPTN secara automatik.
"Saya telah menerima pelbagai aduan bagaimana sistem potongan cukai
maksimum ini mengejutkan peminjam kerana mereka tidak dimaklumkan atau
diberi sebarang amaran mengenai jumlah maksimum yang akan dipotong.
"Ini menyebabkan ada kakitangan kerajaan yang gajinya berbaki
puluh-puluh ringgit setelah dibuat potongan maksimum oleh PTPTN,"
ujarnya.
Sehubungan itu, Rafizi akan memfailkan satu usul dalam sidang Parlimen
pada Mac depan untuk membawa kembali isu PTPTN kerana membebankan
keluarga muda.
"Saya juga akan mengusahakan dengan aktivis dan tokoh-tokoh anak muda
untuk menubuhkan NGO yang akan memperjuangkan nasib peminjam PTPTN dalam
masa terdekat," katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment