Thursday, December 10, 2015
Bukti Perwakilan UMNO Dapat Duit 'DERMA' Berjuta Di PWTC?
Memalukan betul.., bekas Ketua Muslimat PAS ni dah lupa dosa dan pahala
ketika menulis didalam media sosial agaknya. Gambar lama tentang
rampasan penipuan Forex ini telah dijadikan modal untuk menyebarkan
fitnah bagi memburukkan sesama Islam.
Mungkin Siti Zailah lupa bahawa syurga dan neraka itu dicipta untuk
semua manusia. Bukan bermakna Siti Zailah memegang jawatan Ahli Parlimen
dan berparti cap bulan, maka hanya syurga sahaja dikhaskan untuk
dirinya.
Status wakil PAS ini ternyata sangat sangat dan berniat untuk memfitnah
lebih 2000 perwakilan UMNO yang sedang bersidang di Perhimpunan Agung
UMNO di PWTC. Ini bermakna, jika status yang dimuatnaik oleh Zailah itu
tidak benar, ia jatuh kepada fitnah.
Dan itu juga bermaksud bahawa, wakil PAS tersebut berhutang dosa kepada
setiap perwakilan UMNO yang ada di PWTC. Nauzubillah!! Sanggupkah Zailah
pergi meminta maaf kepada setiap seorang perwakilan UMNO yang
difitnahnya?
Jangan pula wakil PAS ini mahu berdalih dengan mengatakan dia hanya
bertanya didalam status tersebut. Budak kecil yang baru kenal Facebook
sekalipun tahu bahawa tulisan berkenaan dibuat semata-mata dengan niat
untuk memalukan UMNO serta memanjangkan fitnah.
Mungkin Siti Zailah boleh menipu manusia didalam dunia dengan menafikan
semua fitnah yang dia buat, tetapi jangan fikir Tuhan juga mampu ditipu
dengan begitu mudah.
Diharap wakil PAS Rantau Panjang ini bertaubat dan memohon keampunan
dari Tuhan diatas segala perbuatan jijiknya itu. Inilah yang dimaksudkan
dengan manusia yang bertopengkan agama.., berperwatakan seperti manusia
Alim tetapi mempunyai hati serta pemikiran yang sangat keji!
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment