Thursday, December 10, 2015
Sokong 100%.... Perwakilan Minta Muhyiddin-Najib Berdamai
KUALA LUMPUR : Sesi perbahasan Perhimpunan Agung Umno 2015 membuka tirai
dengan tumpuan mula terarah kepada krisis dalaman membabitkan kepimpinan
tertinggi parti itu.
Lantang menyuarakan kebimbangan mengenai perkembangan berkenaan,
perwakilan Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad secara berterus terang
meminta Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berdamai
demi kepentingan Umno.
Kata Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undagan Negeri (Adun) Kok Lanas,
Muhyiddin dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal perlu bermuhasabah diri
membuat penilaian yang baik demi perjuangan parti Melayu itu.
“Saya nak kata kepada timbalan presiden dan naib presiden, berdamailah, InsyaAllah kita selamat.
“Mari kita damaikan pemimpin kita. Orang luar tengok kita, tak apalah
salah sikit-sikit biasalah,” katanya ketika membahaskan Ucapan Dasar
Presiden pada Perhimpunan Agung 2015 di sini, Khamis.
Menurut Md Alwi, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno hanya tersilap langkah dalam menyampaikan perbezaan pandangannya.
“Silap Tan Sri sikit sahaja, dia tak pergi bang (azan) dalam masjid.
Tan Sri ni tok bilal. Mic rosak, dia bang tengah padang, Padang Merbok
atau padang mana tak tau lah.
“Jadi bila pergi bang tengah padang, orang silap pergi sembahyang sedangkan imam tunggu di masjid ini, this is Dewan Merdeka.
"Esok harap bang di masjid, baru betul. Itu contoh simple bahawa suara kita mesti sama,” katanya.
Tambah Md Alwi, Umno perlu menjadikan kekalahan Barisan Nasional (BN) di
Kelantan sebagai panduan dalam memastikan perpaduan dalam Umno
dipelihara.
“Pilihan Raya Umum 1990 Umno dapat kosong (kerusi) kerana dua pemimpin
besar bergaduh dan tidak berbaik. Kita tidak boleh lagi bergaduh demi
mempertahankan Melayu dan Islam.
“Cukuplah...kita datang ke sini dengan hati berdebar bila melihat
pemimpin kita dihasut. No more! Kelantan dah rasa, jangan sampai
Malaysia jadi macam Kelantan,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment