Wednesday, December 02, 2015
IKBN Sasar Tingkatkan Kadar Kebolehgajian Lepasan Kepada 100 Peratus
PUTRAJAYA : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bertekad
untuk meningkatkan kadar kebolehgajian lepasannya daripada 90 peratus
sekarang kepada 100 peratus, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy
Jamaluddin.
Beliau berkata pencapaian kadar kebolehgajian 100 peratus bagi
lepasan IKBN akan menjamin semua pelajar yang mengikuti latihan di
institusi itu mendapat pekerjaan apabila tamat pengajian masing-masing.
“Kena tingkatkan kadar kebolehgajian lepasan IKBN kepada 100 peratus
pula selepas ini. Tugas ini memang berat, tetapi suatu cabaran baik,”
katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara menandatangani
memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian yang diterajuinya itu
dengan Antah Schindler Sdn Bhd dan Bens Kitchen Sdn Bhd di sini hari
ini.
Dalam ucapannya, Khairy berkata MoU itu akan memastikan wujudnya
saluran secara langsung dari IKBN kepada pekerjaan untuk lepasannya.
Di bawah MoU itu, Antah Schindler akan memberi tempat kepada 15 hingga 30 pelajar IKBN setiap tahun.
Mereka terdiri daripada pelajar yang mengikuti kursus berkaitan lif seperti penyenggaraan, elektronik, elektrik dan mekanikal.
Sementara itu, Bens Kitchen Sdn Bhd akan menyediakan tempat untuk 15
hingga 20 pelajar bidang Penyajian Makanan dan Pastri IKBN setiap tahun
bagi memberi pendedahan industri kepada mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment