Thursday, December 10, 2015
Jawapan Berterus-Terang PM Berkaitan Isu Melibatkan Dirinya
Semua rakan dan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperkatakan
bagaimana beliau tenang sepanjang tempoh setahun ini walaupun berdepan
dengan kritikan dan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ikuti temuramah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The StarDatuk Seri Wong
Chun Wai dan Joceline Tan ketika bersarapan dengan perdana menteri
sempena Perhimpunan Agung Umno 2015.
Kesan sampingan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Kami baik-baik saja, tetapi hubungan itu terlalu formal. Saya fikir dia mungkin rasa dia sepatutnya terlibat lebih banyak.
"Tak perlu untuk saya memanggilnya, maksud saya dia boleh datang
berjumpa saya pada bila-bila masa. Hanya datang ke pejabat, pasti saya
akan berjumpa dengannya.
"Atau singgah ke rumah dan kata saya ada sesuatu untuk dibincangkan. Itulah cara untuk mengembangkan hubungan.
"Itu yang sepatutnya diamalkan.
"Hubungan saya dengan Pak Lah masih baik. Saya tidak pernah bertanya
kepadanya tentang dana politik ketika saya menjadi timbalannya, itu
adalah tugas presiden parti sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi.
"Muhyiddin tidak faham tentang hubungan istimewa ini. Ini adalah cara bagaimana kita terus kukuh sebagai sebuah parti.
Timbalan Perdana Menteri Anda Yang Baharu?
"Saya fikir dia menjalankan tugasnya dengan baik. Zahid (Datuk Seri Dr
Ahmad Zahid Hamidi) dan saya telah melalui perjalanan yang panjang, ada
banyak sejarah di belakang kami. Zahid telah melakukan banyak perkara
tanpa diminta.
"Satu petang semasa Sidang Kemuncak Asean, saya sedang menyaksikan
raptai, dia tiba-tiba muncul dan berkata, saya di sini hanya untuk
memberikan sokongan moral.
"Hubungan seperti ini adalah penting antara kedua-dua pemimpin tertinggi.
"Mesti ada kepercayaan dan tahap keselesaan antara satu sama lain.
Pelan Rasionalisasi 1MDB
"Saya boleh katakan ia hampir selesai. Kami mampu mengikut tarikh akhir
yang ditetapkan untuk melaksanakan program rasionalisasi dengan cara
yang sangat positif.
"Proses sebenar akan mengambil masa beberapa bulan lagi kerana
sebahagian daripada perjanjian akan memakan masa, untuk membawa masuk
wang.
"Saya rasa rakyat faham bahawa ini secara dasarnya adalah isu perniagaan dan tidak patut dipolitikkan secara berlebih-lebihan.
Anda tidak berada di Parlimen untuk bercakap mengenai 1MDB
"Saya memutuskan bahawa perkara ini adalah masalah perniagaan yang menjadi isu politik.
"Apabila ia menjadi isu politik, saya fikir adalah lebih tepat untuk
saya menjelaskan kepada perwakilan Umno dalam satu sesi tertutup.
Perjumpaan dengan SPRM
"Anda perlu bertanya kepada mereka. Saya memberi apa sahaja maklumat yang saya tahu. Mereka pergi dan bertemu dengan penderma.
"Perkara paling penting adalah untuk memastikan bahawa wang itu tidak
datang dari 1MDB. Tiada undang-undang khusus berkaitan dengan pembiayaan
politik.
"Setiap parti politik, termasuk pembangkang, memerlukan pembiayaan politik.
"Saya mencadangkannya empat tahun lalu, tetapi ia telah ditentang oleh pembangkang.
"Mereka tidak mahukannya kerana beberapa ahli perniagaan, yang dilihat
seolah-olah bersahabat dengan BN juga membeli 'polisi insurans' dan
menyumbang kepada pembangkang.
Sifat derma RM2.6 bilion
"Kita bukan satu-satunya penerima. Jika mereka sukakan anda dan hubungannya adalah peribadi, ia akan berlaku.
"Ia berlaku bukan atas dasar parti atau dasar institusi. Ia adalah
peribadi, itulah sebabnya mereka menegaskan ia perlu bersifat peribadi
kepada saya.
"Itu adalah kehendak penderma, saya tidak mahu menyinggung perasaan
mereka. Ia masuk ke dalam akaun peribadi saya, tetapi tidak dalam erti
kata bahawa saya menggunakannya untuk perbelanjaan seharian.
Ketua Bahagian telah dibeli?
"Itulah sebabnya mereka kecewa dengan Tun (Dr) Mahathir. Terdapat banyak laporan polis dibuat terhadapnya.
"Pihak polis memanggilnya untuk soal siasat bukan kerana beliau
menghadiri perhimpunan Bersih, tetapi kerana beliau mendakwa bahawa
ketua-ketua Bahagian menerima wang berjuta-juta ringgit.
"Sudah tentu beliau enggan menjawab kebanyakan soalan, beliau tidak mempunyai bukti.
"Jika anda tidak mempunyai bukti, jangan buat dakwaan tersebut.
Apakah sebenarnya yang Tun Dr Mahathir mahu?
"Mudah saja, beliau mahu seorang Perdana Menteri yang mendengar cakapnya.
"Jika tidak 1MDB, beliau akan mencari sesuatu yang lain. Jika beliau
kata mahukan jambatan bengkok, 'ya tuan, saya akan buat jambatan
bengkok'.
Beliau tidak suka Singapura, jadi kamu kena bergaduh dengan Singapura.
Jika beliau suka Afrika, kamu kena pergi ke Afrika. Ini adalah (Dr)
Mahathir.
"Tetapi seorang Perdana Menteri perlu melakukan apa yang difikirkannya
perkara betul. Saya tahu saya akan menanggung kemarahannya dan jangkaan
saya betul.
"Dengan siapa yang beliau tak bertengkar? Beliau bertengkar dengan
setiap Perdana Menteri kecuali Tun Razak kerana beliau tidak bertahan
lama.
Isu defisit amanah
"Saya sedar mengenainya, saya fikir beberapa isu telah dieksploitasi dan
menjadikannya lebih teruk dengan kemunculan media sosial, sudah tentu.
"Ada persoalan tentang persepsi, separuh kebenaran, tetapi kita perlu menanganinya.
"Kita tidak boleh mengetatkan kawalan ke atas media sosial.
"Kita perlu menerima hakikat bahawa tahap pemerhatian sekarang adalah
lebih tinggi berbanding sebelum ini dan bebanan untuk semua ahli politik
adalah lebih tinggi, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.
Anda nampak lebih kurus
"Berat saya menurun. Saya lebih kurus berbanding sebelum ini. Saya tidak
mengambil nasi, saya mengambil quinoa dan bersenam. Saiz sut saya juga
perlu dikecilkan.
Perkara yang lucukan tentang rakyat Malaysia, jika anda hilangan berat
badan, mereka fikir anda sakit. Mereka akan tanya, adakah kamu OK?
Dan apabila anda berat badan anda naik, mereka kata anda dalam keadaan
baik. Ia adalah satu penilaian yang benar-benar salah untuk tahap
kesihatan seseorang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment