Thursday, December 10, 2015
Dana RM 2.6 Billion: BNM Dah Tahu Dari Mula, Kenapa Tak Cakap Apa-Apa?
Penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak kelmarin bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) awal-awal
lagi sudah dimaklumkan akan kewujudan akaun dimana derma sebanyak RM 2.6
billion dimasukkan pada 2013, agak memeranjatkan kita semua.
Sebab dari mula kes ini berjalan, BNM
nampak macam Muhyiddin Yassin dalam isu 1MDB, keliru, macam bodoh dan
tak tahu apa-apa. Apa rupanya sebelum wang itu masuk pun, BNM telah
dimaklumkan mengenainya. Ada 4 surat dari penderma berkenaan untuk
membuktikan perkara tersebut.
Tak hairan kenapa Perdana Menteri arah
kebocoran maklumat mengenai dana itu disiasat, beliau tahu semuanya
sudah ikut prosedur tapi kenapa boleh bocor, dimanakah puncanya?
Sekarang agak-agak sudah tahulah puncanya dari mana.
Jadi untuk menangani persepsi ini, BNM
perlu tampil bagi penjelasan kenapa dari mula mereka tidak buat
kenyataan bahawa kemasukan wang itu ke dalam akaun peribadi Perdana
Menteri (atas permintaan penderma yang terbabit), adalah mengikut
prosedur? 5 minit cakap pun tak sampai, tapi kenapa tak buat sehingga
perkara ini berlanjutan berbulan-bulan?
Bukankah jadi tanggungjawab BNM untuk
memastikan urus tadbir perbankan negara ini terkawal dan terlindung dari
sebarang salah laku yang boleh menghilangan keyakinan umum terhadap
urusan perbankan di negara kita?
Apakah BNM nak negara ni jadi macam
sesetengah negara lain di dunia dimana institusi perbankan tidak
dipercayai, rakyat nak beli kereta kena bawak selonggok wang tunai
kerana tidak ada bank yang nak bagi pinjaman dan sebagainya?
Semua ini memerlukan penjelasan dari
pihak yang terlibat, terutama Gabenornya. Jika ada salah laku yang
berkaitan perlu diambil tindakan sebab nampak macam ada penglibatan
orang dalam BNM sendiri sehingga perkara ini boleh terbocor ke pihak
luar.
Dulu NFC dah sekali, takkan kali ni berlaku lagi?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment