Thursday, December 10, 2015
Selangorkini Dakwa Anwar Pilih Penjara Daripada Tawaran Gabenor Bank Negara
Portal Kerajaan Negeri Selangor, Selangorkini mendakwa penasihat PKR,
Anwar Ibrahim memilih penjara daripada tawaran menjadi Gabenor Bank
Negara.
Perkara itu didakawa oleh penyokong reformasi 1998 yang lebih dikenali
sebagai kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Haque.
Zunar membuat dakwaan ituketika berucap dalam program ‘Hari ke-300
Pemenjaraan Anwar, Rakyat Masih Bersamamu’ di hadapan Penjara Sungai
Buloh pada Ahad.
“Jika pada 2 September 1998 Anwar memilih untuk tidak berjuang sudah
tentu dia senang lenang sekarang. Sebelum dipecat dia diberi dua pilihan
sama ada dipenjara atau jadi Gabenor BNM.
“Kalau Anwar mementingkan diri sendiri dengan memilih jadi Gabenor, mata politik kita tidak akan terbuka sampai,” kata Zunar.
Jelas Zunar lagi, tindak tanduk Anwar sebelum dan selepas dipenjarakan
turut jelas membuktikan bukan kerana kepentingan politik tetapi demi
kepentingan bangsa Malaysia.
Justeru, Zunar menggesa rakyat bersatu menentang Kerajaan BN bagi memastikan pengorbanan dilakukan Anwar tidak sia-sia.
Pada 6 Disember lalu, genap 300 hari Anwar dipenjarakan selepas disabit
bersalah dalam meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment