Thursday, December 10, 2015
Muhyiddin Sebenarnya Sedang Merosakkan UMNO
Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi
menegaskan bahawa parti Umno bukanlah satu parti yang suka mengutip
sampah yang hanya akan membusuk di dalam parti seperti yang dilakukan
oleh pembangkang. Mengutip sisa-sisa sampah bukanlah style yang dibawa
oleh Umno.
Tegas Zahid, Umno tidak akan memberi muka kepada kumpulan serpihan yang
terlibat dalam perhimpunan atau pertemuan yang diadakan oleh Timbalan
Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung
Baru di Kuala Lumpur.
Sedikit ruang pun tidak akan diberi kepada mereka yang sudah terjebak
dalam lembah busuk tersebut, amarannya kepada semua ahli Umno yang
terlibat.
Tambahnya, sampah-sampah tersebut hanya akan memburukkan dan membusukkan
parti Melayu, kumpulan serpihan sampah tersebut bukannya menyuara
pendapat yang boleh menjadikan parti semakin baik malah pandangan yang
dilontarkan mereka hanya akan mengucar kacirkan parti.
"Apabila menyatakan dan melontarkan pandangan untuk memperkukuhkan parti
dengan mewujudkan kumpulan kecil, sebenarnya orang ini yang merosakkan
parti.
"Kalau mahu parti kukuh jangan ada serpihan dalam parti, kita perlu bersama,” katanya.
Adalah tidak wajar sekiranya dalan satu parti yang sudah punya ketua
tetapi wujud pula satu kelompok lain dalam parti tersebut dan ketuanya
dilihat seperti gila kuasa. Amaran keras dari Zahid ini merujuk kepada
Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin,Naib Presiden Umno, Datuk Seri
Shafie Apdal dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mereka-mereka ini telah terlibat secara langsung dalam pertemuan bersama
ahli parti Melayu yang lain konon memprotes larangan yang dikeluarkan
Majlis Tertinggi (MT) kerana tidak membenarkan Muhyiddin berucap
merasmikan mesyuarat agung sayap-sayap kanan Umno.
Ucapan yang dibuat oleh Muhyiddin dan program yang diadakan tersebut
telah melanggar aspek perlembagaan parti, Zahid juga tidak teragak-agak
untuk mengenakan tindakan terhadap sampah-sampah ini.
"Saya semalam dengar dia (Muhyiddin) punya ucapan, saya juga mengenal
pasti wajah yang turut hadir. Saya beri (rakaman video) kepada
jawatankuasa khusus untuk buat penelitian, dan kemudian kita akan bawa
ke perhatian Lembaga Disiplin parti dan MT untuk buat keputusan," kata
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Jangan sampai Muhyiddin dipecat lagi sekali baru dia tahu erti
penyesalan… Kalau iye pun nak suarakan hal-hal ehwal dalaman parti
rasanya tak perlu kot sebarkan ke pengetahuan umum. Cukup sekadar
menggunakan platform yang betul untuk membaiki isu yang berbangkit..
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment