Thursday, December 10, 2015

Pulau Pinang Perlu Henti Provokasi Emosi Rakyat

GEORGETOWN : Kerajaan DAP Pulau Pinang seharusnya berhenti memprovokasi emosi rakyat bagi mewujudkan perasaan tidak percaya dan benci terhadap kerajaan Persekutuan, kata Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Beliau berkata biarpun DAP telah mentadbir kerajaan negeri sejak lapan tahun lalu, malangnya mereka terus menyalahkan kerajaan Persekutuan atas semua kegagalan mereka sendiri.

Katanya dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung Pulau Pinang dianaktirikan dan tidak mendapat sebarang peruntukan daripada kerajaan persekutuan adalah tidak benar sama sekali.

"Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang Dato Seri Zainal Abidin Osman mengesahkan bahawa kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sejumlah RM5.7 billion kepada negeri Pulau Pinang di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

"Malahan di bawah Bajet 2016, sejumlah RM768 juta telah diperuntukkan kepada negeri Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Lim terus mengatakan Pulau Pinang dianaktirikan dan tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berhubung dakwaan Lim bahawa kerajaan Persekutuan mungkir janji untuk menyediakan monorel di negeri itu, Teng menegaskan Ketua Menteri yang telah menolak projek berkenaan ketika itu, malahan beliau juga telah mempengaruhi rakyat di negeri ini untuk menolak manifesto pilihan raya BN.

"Jadi bagaimana pula BN dapat melaksanakan manifestonya setelah ditolak rakyat Pulau Pinang?”

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment