Thursday, December 10, 2015
‘Jangan Fikir Mahathir Lebih Bersih Dari Najib’ – Tun Musa Hitam
Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh merasakan dirinya selamat dan lebih
bersih daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak kata Tun
Musa Hitam yang turut menyifatkan Najib sebagai anak didik terbaik Dr
Mahathir sendiri.
Mengakui kebijaksanaan Najib dalam menghadapi serangan bertubi-tubi
daripada mantan Perdana Menteri itu, Musa berkata kesempatan untuk
diasak dengan lebih teruk akan berlaku jika Najib tunduk pada kehendak
Dr Mahathir.
Ia katanya kerana keadaan itu akan menunjukkan kelemahan Najib sebagai
seorang Perdana Menteri, sekaligus tidak boleh dibiarkan berlaku.
“Tidak mengakui kesilapan adalah tanda keberanian, di situ kami berbeza.
“Mengakui kesilapan menunjukkan kamu lemah dan mereka akan
mengeksploitasi kamu, itu beliau (Dr Mahathir), kata bekas Timbalan
Perdana Menteri itu kepada sebuah portal online.
Melihat kepada sejarah kepimpinan Dr Mahathir pada 1981, beliau tidak
pernah sesekali mengakui kesilapan, malah mengenakan tindakan kepada
mana-mana pihak dengan menggunakan kuasa virtunya sebagai Perdana
Menteri.
“Beliau rasa sendiri akibat daripada tindakannya sebelum ini dengan cara Najib buat sekarang ni. Tidak, saya tidak buat silap.
“Tapi saya akui satu perkara, walaupun setengah orang tidak menyukainya,
sangat menakjubkan bagaimana Najib menghadapinya dengan tenang, ia
sangat menakjubkan,” tambahnya.
Dr Mahathir sebelum ini menyatakan kepimpinan beliau tidak sama dengan
Najib dengan mendakwa bahawa beliau lebih mementingkan rakyat khususnya
masyarakat luar bandar dengan membuat jalan, sekolah dan klinik.
Dr Mahathir sebaliknya menyamakan kepimpinan beliau dengan Tun Abdul Razak Hussein dan bukan anaknya.
Menurut Musa, perkara paling mudah untuk dilakukan Najib kini adalah
dengan memandang ke hadapan demi memperbaiki diri dan parti.
“Saya katakan kepada Presiden, jika ada yang salah, cakap ‘saya minta maaf, ia satu kesilapan,’ mudah sahaja.
“Lebih-lebih lagi dalam konteks tradisi Melayu dan ajaran agama, kita ni
manusia biasa tentunya ada salah, besar atau kecil, berani.
“Kamu mesti ada keberanian,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment