Monday, December 28, 2015
Isu Halang Peluncur Israel : TPM Bidas DAP, Sokong Keputusan KJ
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas DAP
yang mengutuk tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
menghalang dua atlet Israel menyertai sebuah pertandingan sukan luncur
air di Langkawi.
Katanya dakwaan DAP tidak berasas, tidak peka kepada dasar negara dan
tidak mengambilkira sensitiviti kebanyakan rakyat Malaysia.
"Kita mempunyai dasar yang jelas dari segi hubungan diplomatik dengan
Israel. Langkah yang dibuat oleh DAP adalah sesuatu yang di luar dari
dasar kita," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Dagangan Putrajaya, Kuala Lumpur pada Isnin.
Pada sidang media itu Zahid diminta mengulas kenyataan Ketua Biro
Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang membidas keputusan Khairy bagi
pihak kerajaan pusat.
Menurut Zahid, dia juga yakin parti-parti yang bersekongkol dengan DAP juga tidak bersetuju dengan pendirian DAP.
"Saya tak perlu sebutkan parti mana tetapi saya fikir DAP jangan melihat
dari aspek dan elemen mereka sahaja. Mereka harus melihat dari segi
sensitiviti rakyat di negara ini," katanya.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia diingatkan jangan terjebak dengan
laporan berita yang tidak sahih dari luar negara, sebaliknya menaruh
kepercayaan kepada agensi dalam negara.
Zahid sebaliknya meminta semua pihak menunggu laporan Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah melakukan penelitian terhadap butiran
berkenaan.
"Pihak berkuasa sedang melakukan penyiasatan, maka kita tidak harus
terjebak dengan maklumat-maklumat yang diberikan oleh media berkenaan.
"Kita jangan menghukum berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang datang
dari sumber-sumber yang tidak disahkan," katanya mengulas fitnah terkini
media asing The Wall Street Journal (WSJ) kononnya sejumlah wang USD850
billion hilang kerana diguna untuk menubuhkan sebuah syarikat lain.
"Elok kita serahkan perkara ini kepada badan penyiasat di Malaysia supaya duduk perkara sebenarnya dapat diketahui.
"Saya yakin apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa harus diberikan taraf
kewibawaan yang tinggi untuk kita meletakkan kebolehpercayaan kepada
agensi-agensi yang berkenaan.
"Jangan bergantung kepada maklumat yang datangnya dari sumber luaran yang tidak dapat disahkan kesahihannya," tambahnya.
Zahid berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan
dengan Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YDSM) dan wakil-wakil 50 Badan
Bukan Kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur, Isnin.
Dalam pertemuan itu YDSM telah mengemukakam enam resolusi untuk menangani kos sara hidup.
Zahid berkata dia akan mewujudkan jawatankuasa khas yang akan
dipengerusikannya sendiri awal Januari ini. Katanya di peringkat awal,
enam menteri yang terlibat mengenai mendepani kos sara hidup ini akan
dilibatkan dalam jawatankuasa berkenaan.
"Saya juga adalah pengerusi jawatankuasa kabinet mengenai kos sara
hidup. Apa yang telah dibawa oleh YDSM akan dibawa ke jawatankuasa
selanjutnya sebelum dibawa ke peringkat jemaah menteri.
Zahid menjelaskan, rakyat khususnya pemimpin-pemimpin NGO mesti memahami
tanggungjawab kolektif di mana mereka tidak seharusnya menuding jari
sebaliknya mencari jalan cara holistik untuk menangani isu kos sara
hidup.
Mengenai permintaan YDSM supaya separuh dari peruntukan untuk NGO yang
diumumkan dalam Bajet 2016 diberi kepada 50 NGO di bawah mereka, Zahid
berkata ia sukar dipenuhi.
Ini kerana RM160 billion peruntukan itu adalah untuk disalurkan kepada
beribu-ribu NGO yang menjalankan aktiviti mengikut kriteria tertentu. Ia
akan diagihkan mengikut aktiviti yang dijalankan.
"Kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan supaya 50 peratus peruntukan
itu disalurkan melalui YDSM sahaja. Kita akan bincang dengan Kementerian
Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi bagaimana kaedah yang sedia ada
boleh diubah supaya ada keberkesanan kos pada sumbangan yang diberikan
kerajaan," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment