Monday, December 28, 2015
Takkanlah PAS Baru Tahu DAP Ni..... Isu Palestin : DAP Tunjuk Sikap Sebenar
SHAH ALAM : Tindakan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong
Zhemin yang mengecam kerajaan Malaysia kerana menafikan visa dua atlet
Israel yang dijadual menyertai satu kejohanan di Langkawi telah
mencerminkan sikap sebenar DAP dalam isu Palestin.
Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kenyataan
Chong itu merupakan gambaran sikap sebenar DAP yang pro-Israel.
“Perlulah diingatkan tindakan ini bukanlah bermaksud mencampuradukkan
politik ke dalam sukan namun ia hanyalah adalah pelaksanaan polisi
terhadap hubungan diplomatik Malaysia-Israel yang telah diputuskan
sekian lama.
“Boikot terhadap Israel sewajibnya berjalan bukan dalam isu sebegini
sahaja namun dalam semua lapangan sebagai satu tekanan terhadap mereka
yang terus menerus melakukan keganasan di bumi Palestin,” katanya dalam
satu kenyataan, hari ini.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
dilaporkan sebuah portal telah menafikan visa dua peserta luncur angin
dari Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan daripada mengambil bahagian dalam
Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin
Antarabangsa (Isaf) di Langkawi, hari ini.
Selain visa, kerajaan Malaysia turut mengenakan beberapa sekatan ke atas
peserta Israel tersebut, termasuklah sekatan ke atas penggunaan bendera
Israel atau simbol serta larangan memainkan lagu kebangsaan Israel jika
pasukan mereka memenangi pingat emas.
Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli juga mengingatkan DAP bahawa isu Palestin
bukan isu politik dan peribadi sebaliknya ia melibatkan isu kemanusiaan.
“Tidak membenarkan atlet Israel daripada memasuki negara ini merupakan
langkah tepat sebagai menyatakan kebersamaan dengan seluruh masyarakat
dunia menentang keganasan Israel di bumi Palestin.
“Kerajaan Malaysia berhak menerima pujian dalam isu ini, dan langkah ini
perlu diteruskan termasuklah menghentikan hubungan perdagangan sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung dengan rejim haram Israel,”
ujarnya.
Sehubungan itu, Ahmad Fadhli berkata lagi, kenyataan pemimpin DAP itu
merupakan satu isyarat jelas untuk umat Islam di negara ini untuk
bangkit secara besar-besaran menolak sepenuhnya parti ini dalam pilihan
raya akan datang.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment