Thursday, December 10, 2015
Mukhriz Tak Mengaku Masuk Team 5M Untuk Lawan Najib
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir
menafikan beliau terlibat dalam kumpulan digelar 'Team 5M' yang
dikatakan akan bertanding dalam pemilihan UMNO 2018.
Mukhriz, yang juga Menteri Besar Kedah, berkata kumpulan seumpama itu
tidak wujud dan beliau tidak menolak kemungkinan ia agenda pihak
tertentu yang ingin memecahbelahkan UMNO.
"Saya baca (mengenai 'Team 5M') dan terkejut dengan kenyataan tersebut.
Sebenarnya ia tidak wujud pun. Saya tidak tahu dari mana datangnya
(laporan)... maka boleh saya nyatakan bahawa saya bukan sebahagian
daripadanya ('Team 5M')," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan
Dunia Putra hari ini.
Baru-baru ini sebuah blog pro-UMNO melaporkan bahawa wujud 'Team 5M'
yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO 2018 dengan Timbalan Presiden
UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan Presiden UMNO.
Laporan yang memetik 'sumber dalaman' itu menyebut Mukhriz akan
bertanding jawatan Timbalan Presiden manakala Naib Presiden UMNO Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang juga
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Menteri
Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bertanding jawatan Naib Presiden.
Pada Isnin, Mohamed Khaled menafikan beliau terlibat dalam kumpulan 'Team 5M' seperti yang didakwa portal berkenaan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment