Thursday, December 10, 2015

Kesetiaan Dan Ketaatan : Formula Kekuatan Parti UMNO

KENYATAAN AKHBAR
http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/10/14/Umno_14Oct_1Malaysia.jpg
1. Seluruh kepimpinan Pemuda UMNO Pahang menyahut seruan YAB Presiden Parti untuk terus beristiqamah dalam perjuangan UMNO dengan penuh keSETIAan dan keTAATan tanpa sebarang syarat kepada tunjang kepimpinan UMNO kini agar nasib anak bangsa kita terus dijaga serta dipertahankan.

2. Pemuda UMNO Pahang juga untuk kesekian kalinya ingin menzahirkan SOKONGAN TANPA SYARAT kepada YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak untuk terus mengepalai kepimpinan UMNO sebagai Presiden Parti dan juga Perdana Menteri Malaysia. 

3. Sikap BERANI, GENTLEMAN dan BERJIWA BESAR YAB Dato’ Sri Mohd Najib yang ditunjukkan oleh beliau dalam menyampaikan Ucapan Presiden UMNO pada hari ini telah menyerlahkan lagi ketokohan beliau sebagai pemimpin yang memiliki HIKMAH yang tinggi dan tidak mudah melatah dengan ujian yang mendatang serta provokasi yang dicipta oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

4. Pemuda UMNO Pahang mengutuk dan menyelar mana-mana perbuatan KHIANAT ahli UMNO termasuklah segelintir pemimpin dan bekas pemimpin yang cuba merancang pakatan untuk mengulingkan kepimpinan sedia ada secara tidak berdemokrasi. Janganlah kita cuba menjadi si KITOL dan MUSANG BERBULU UMNO yang hadir dalam arus perjuangan UMNO dengan niat yang jahat untuk menjahanamkan parti keramat Melayu ini dek kerana GILA KUASA.

5. Pemuda UMNO ingin menyeru agar kita semua perwakilan UMNO khususnya perwakilan Pemuda UMNO Pahang agar menjadikan perhimpunan ini sebagai wadah musyawarah bagi menyerlah tamadun bangsa Melayu, mempertahankan syiar Islam dan kedaulatan Negara. Kitalah Pemuda UMNO yang dipertanggungjawab untuk mengalas harapan untung nasib keturunan kita.

“Ayuh kita teruskan perjuangan ini dengan GAGAH BERANI untuk BERBAKTI demi ISLAM, MELAYU dan MALAYSIA!”

-BERSATU, BERSETIA, BERKHIDMAT-

Mohd Shahar Abdullah
Ketua Pemuda UMNO Pahang
10 Disember 2015 / 28 Safar 1437

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment