Thursday, December 10, 2015

Mahathir Tuduh Najib Cuba Sogok Beliau... Pulak Dahhh

Setelah serangan demi serangan, Mahathir hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba menyogoknya.

“Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak.

"Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara.

“Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan beliau tidak menyokong Najib kerana tidak dapat apa yang diminta.

Bagaimanapun, kata Mahathir, beliau tidak minta apa-apa, malah menolak pemberian kerajaan selepas bersara, seperti tanah percuma di Putrajaya.

“Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam kerajaan. Tak hutang,” katanya.

“Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam kerajaan saya pulangkan balik kepada kerajaan.

“Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara,” kata perdana menteri keempat itu.

Justeru, beliau berkata permintaan daripada Najib semata-mata demi negara dan rakyat.

“Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib,” katanya.

Peliknya kenapa baru hari ini Mahathir keluarkan cerita ini? Kenapa tidak diawal serangan supaya siasatan dan tindakan boleh diambil atas cubaan rasuah? Apakah Mahathir akan jawab beliau tidak mempunyai bukti seperti beliau jawab tentang dakwaan fitnahnya terhadap 1MDB dan isu dana politik?

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment