Thursday, December 10, 2015
Mahathir Naik Kereta Warna Biru Sebab Protes Najib?
Media pro pembangkang dan pro Muhyiddin hari ini rata-ratanya memainkan
isu baju yang dipakai Tun Dr Mahathir Mohamad ke Perhimpunan Agung Umno
ke 69 (PAU-69) di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Mereka mendakwa, Mahathir tidak lagi menyokong Umno yang diterajui Datuk
Seri Najib Razak apabila hadir dengan memakai pakaian berwarna 'merah
jambu' yang tidak selari dengan tema warna PAU iatu warna merah terang.
Selain itu, mereka turut mendakwa Mahathir mengenakan pakaian warna
'merah jambu' itu sebagai tanda menghormati Najib tetapi dalam masa sama
menyokong Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah
mengarahkan ahli Umno mengenakan baju berwarna biru sebagai tanda
solidariti.
Selain isu baju yang dipakai Mahathir, mereka turut memainkan isu warna
kenderaan Proton Iriz yang digunakan Mahathir untuk menghadiri PAU
sebentar tadi.
Menurut mereka, Mahathir sengaja tidak menggunakan kereta berwarna lain
seperti hitam atau merah yang dimilikinya, sebaliknya memilih kereta
berwarna biru sebagai tanda solidariti terhadap timbalan presiden parti.
Bab warna kereta ni betul-betul kelakar. Punya nak tunjuk bahawa
Mahathir setia menyokong Muhyiddin sampai warna kereta yang dipakai
turut dijadikan isu. Dah kering isu ke pro pembangkang dan pro Muhyiddin
ni??
Apa yang dapat dijelaskan disini, Muhyiddin sebenarnya telah
dipergunakan oleh Mahathir apabila beliau sendiri tidak memakai pakaian
yang disarankan timbalan presiden umno itu, sebaliknya mengambil langkah
selamat dengan memakai baju berwarna merah jambu.
Ini merupakan taktik selamat yang digunakan Mahathir ketika menghadiri
PAU, jika ditanya mengapa beliau berpakaian warna demikian, sudah pasti
beliau memaklumkan sudah mengikut tema dan tidak menolak kemungkinan
beliau akan menggunakan alasan rabun tua yang dihidapinya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment