Thursday, December 10, 2015
Muhyiddin Masih Timbalan Presiden UMNO - Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR : Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal sebagai Timbalan Presiden Umno, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, parti itu masih
mengekalkan status quo di peringkat barisan kepimpinan tertingginya.
"Mesyuarat ini tidak menyentuh perbincangan mengenai tindakan yang melibatkan Jawatankuasa Disiplin.
"Oleh sebab itu, presiden, timbalan presiden dan naib presiden masih
orang yang sama. Jadi tidak timbul spekulasi di luar sana," katanya
ketika diminta mengulas mengenai inti pati Mesyuarat Tertinggi ( MT)
Umno di Menara Dato' Onn di sini, malam Rabu
Beliau berkata mesyuarat tersebut hanya membincangkan laporan wakil MT
mengenai persidangan ketiga- tiga sayap parti dan usul yang akan
dibentangkan pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015
pada Khamis.
"Sesungguhnya kebijaksanaan ini dilakukan oleh presiden parti. Maka
janganlah membuat spekulasi yang negatif di luar sana. Apa yang
diputuskan itulah yang akan dilaksanakan," katanya.
Ketika ditanya mengenai ucapan penggulungan pada hari terakhir PAU,
Ahmad Zahid berkata, ia hanya akan dilakukan oleh Presiden Umno, Datuk
Seri Najib Tun Razak.
"Sebagaimana yang berlaku dalam sayap parti hanya ketua yang membuat
penggulungan maka ia akan dilakukan presiden parti sahaja," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment