Monday, December 28, 2015

Jangan Terpengaruh Maklumat Tak Sahih Tentang 1MDB – Zahid

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/zahid_umno_pas_serasi.jpg
KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak mudah terpengaruh dengan maklumat tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diperoleh daripada sumber yang diragui kesahihannya.

“Kita jangan menghukum berdasarkan kepada maklumat yang datang daripada sumber-sumber yang tidak disahkan.

“Saya fikir kita serahkan perkara ini kepada badan penyiasat di Malaysia supaya perkara sebenarnya akan dapat diketahui.

“Saya yakin apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa harus diberikan taraf kewibawaan yang tinggi untuk kita meletakkan kebolehpercayaan kepada agensi-agensi yang berkenaan,” katanya selepas majlis penutupan Deklarasi Prioriti 2016 – Ekonomi Keutamaan Kita di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas dakwaan yang dilaporkan sebuah portal berita tentang 1MDB, Ahmad Zahid berkata penyiasatan berhubung syarikat pelaburan strategik kerajaan itu sedang dilakukan oleh pihak berkuasa dan penelitian turut dijalankan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment