Thursday, December 10, 2015

Habiss Galak Gatal Beruncap Diluar Pentas Apa Cerita..... Tak Berucap Di Penggulungan PAU : Muhyiddin kecewa

KUALA LUMPUR : Tan Sri Muhyiddin Yassin meluahkan rasa kecewa kerana mendakwa hak beliau sebagai Timbalan Presiden untuk menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 terus dinafikan.

"Hak saya sebagai Timbalan Presiden terus ditolak daripada awal sampai akhir. Saya dengan Datuk Shafie merayu untuk saya diberi peluang berucap nampaknya tidak boleh juga. Daripada perbincangan itu ada yang menghalang tadi. Saya tak tahu kenapa tapi itulah keputusannya," katanya kepada media selepas Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Umno, sebentar tadi.

Mesyuarat yang berlangsung hampir sejam itu memutuskan  ucapan penggulungan hanya akan dilakukan oleh Presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sebelum ini, MT memutuskan mesyuarat tahunan  Wanita, Pemuda dan Puteri tidak akan dirasmikan oleh timbalan presiden parti seperti kelaziman tetapi oleh ketua sayap berkenaan.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau terpaksa akur kepada keputusan MT malam ini walaupun tidak bersetuju.

"Saya tidak berapa setuju, sepatutnya bagilah ruang dan peluang, itu amalan biasa tapi majlis tertinggi sudah buat keputusan, apa yang saya nak kata," ujarnya lagi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment