Kumpulan Sokongan Muslim-Amerika, CAIR melihat Trump seperti Adolf Hitler, Ketua Nazi Jerman yang mahu menghapuskan keturunan Yahudi era 1933 hingga 1945. Idea Trump untuk menutup masjid, serta mengasingkan umat Islam bagi tujuan pemantauan dianggap tidak masuk akal.
Malah calon presiden parti Republikan, Jeb Bush mengkritik Trump melalui laman Twitternya dengan mengatakan usul demikian tidak waras. White House juga menolak gesaan Trump yang didakwa bukan mewakili pendirian dan fahaman yang dipegang oleh Amerika Syarikat.
Donald Trump / Calon Presiden (Parti Republikan):
"Ia akan menjadi lebih teruk, dan kita akan menyaksikan situasi seperti yang berlaku pada Pusat Dagangan Dunia, ia akan menjadi lebih teruk. Kita mungkin benar dari segi politik dan kita juga boleh menjadi tidak bijak tetapi ianya akan menjadi lebih teruk."
No comments:
Post a Comment