Thursday, December 10, 2015
Tak Ikut Cakapnya Inilah jadinya.... ‘Kepimpinan Najib Tidak Bawa Manfaat Kepada Negara’ – Mahathir
Sudah berapa ramai orang melayu politik UMNO berpecah belah gara gara
nya...ingatkan sudah bersara daripada politik teruskan usaha untuk
menyatukan orang melayu rupanya "tidak".Lagi berpecah belah...sedihnya.
KUALA LUMPUR : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad menggesa
agar semua ahli UMNO dan rakyat terus mempersoalkan tentang isu dakwaan
penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik
RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Tegas Tun Mahathir lagi, sekiranya Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri, Malaysia akan menghadapi zaman kehancuran.
“Kepimpinan Najib tidak membawa manfaat sama sekali kepada negara.
Hakikatnya Najib tidak layak…kalau dia kekal sebagai Perdana Menteri,
negara ini akan hancur.
“Bercakaplah mengenai isu 1MDB dan RM2.6 bilion tanpa kesal kerana kalau
tak berani menyebut perkara ini, kita akan jadi mangsa,”katanya,
memetik laporan daripada mstar.
Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam satu majlis khas yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.
Katanya lagi, tidak mustahil rakyat di negara ini akan menjadi pengemis dalam negara sendiri.
“Kata pepatah Inggeris…no risk no gain. Kalau kita balik nak tidur
nyenyak sahaja, bila kita celik mata, negara kita sudah hilang…kita
menjadi pengemis dalam negara sendiri,”ujarnya.
Bekas Presiden UMNO itu turut menggesa supaya Najib berhenti daripada menggunakan UMNO sebagai platform untuk terus berkuasa.
“Saya tahu terdapat pelbagai sekatan terhadap ahli supaya mereka tidak
suarakan mengenai 1MDB dan dana RM2.6 bilion. Ini usaha untuk membisukan
ahli.
“Perhimpunan Agung UMNO kini menjadi alat kepada pemimpin dengan
menetapkan topik yang ingin dibahaskan untuk kepentingan diri,”katanya
ketika berucap selama 45 minit dihadapan penyokong yang hadir.
Dalam ucapannya juga, Tun Mahathir dengan tegas berkata beliau tidak memusuhi parti keramat itu dan masih sayang dengan UMNO.
“Kita tak bermusuh dengan UMNO, tapi tak bersetuju dengan pemimpin yang ada sekarang…itu sahaja,”katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment