Thursday, December 10, 2015

Biarkan Team 5M Cabar Najib Di Pemilihan Akan Datang

20151209205031
Penyokong Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin sepatutnya berterima kasih kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menghumban bekas Timbalan Perdana Menteri itu keluar dari parti seperti diramal dan diharapkan ramai orang.

Sebaliknya Najib mengekalkan bukan sahaja Muhyiddin, bahkan keseluruhan penggerak kumpulan penentang Najib yang dikenali sebagai Kumpulan 5 M ini dalam UMNO.  Tak seorang pun dari lima orang mereka ini yang dikenakan tindakan sekalipun ada yang sudah terang-terang langgar perlembagaan parti, seperti mengadakan majlis di Kg Baru tempoh hari.

Menurut sumber, tindakan ini adalah bagi membolehkan kumpulan berkenaan mencari pengaruh untuk digunakan bagi mencabar Najib dalam pemilihan UMNO yang akan datang, yang mana kalau dilakukan di luar UMNO, sukarlah sikit.

Gentlemannya Najib.  Orang hasrat nak lawan beliau pun diberi ruang. supaya pertandingan yang nak diadakan nanti, adil dan saksama.

Peluang ini patut digunakan Muhyiddin dan para pengkomplot lainnya untuk menguatkan diri bagi menghadapi pemilihan akan datang.  Jangan cakap Najib tak payung, ni dah kira banyak payung dah Najib bagi ni.

Menunjukkan Najib bukan takut berhadapan dengan puak-puak ini.  Apa yang Najib mahu ialah mereka juga gentleman seperti beliau dengan bertanding seperti anak jantan.  

Konspirasi menjatuhkan Presiden seperti yang mahu dilakukan kumpulan 5M  ini, lebih banyak buruk dari faedahnya berbanding pertandingan yang diadakan secara demokratik.

Sehingga masa itu sampai, bertugaslah seperti mana yang dinyatakan dalam perlembagaan parti.  Kalau dah disebut Timbalan Presiden tugasnya membantu Presiden, maka bantulah Presiden.  Tak boleh buat, bagi orang lain buat kerja itu, awak boleh berhenti atau bercuti.

Ini Najib pulak yang disuruhnya bercuti, takde akal betul.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment