Thursday, December 10, 2015
Perwakilan Nak Tengok Muhyiddin-Najib Berpeluk
KUALA LUMPUR : Perwakilan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir
merayu kepada Tan Sri Muyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak
supaya saling berpelukan di hadapan ribuan perwakilan semasa ucapan
penggulungan presiden sebagai isyarat berdamai.
Gesaan tersebut mendapat sorokan dan tepukan gemuruh perwakilan yang
hadir pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden semasa Perhimpunan
Agung Umno (PAU) 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Khamis.
"Masa ucapan penangguhan presiden, presiden dan timbalan presiden kena berpelukan di hadapan kami.
"Kami di bawah ini nak bagi nasihat kat yang di atas. Ini bukan
main-main. Kami sebulat suara mahu yang di atas berbaik semula," katanya
dalam nada seloroh.
Malah, beliau turut menasihatkan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden
Umno supaya tidak lagi mengadakan 'roadshow' mengenai isu 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Sebaliknya, Musa meminta Muhyiddin supaya membantu memperkukuhkan Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14).
"Timbalan Presiden jangan ada roadshow lagi, jangan bangkitkan soal
1MDB. Jangan sampai kami buat keputusan adakan mesyuarat khas, mai kami
buat betoi," selorohnya.
Kenyataan tersebut sekali lagi mengamatkan suasana di dalam dewan perbahasan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment