Thursday, December 10, 2015

Pakatan Harapan Akan Korbankan Perjuangan Islam Dan Kepentingan Melayu, Kata Najib

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat supaya menolak pakatan pembangkang pimpinan DAP 'yang anti-perjuangan Islam, Melayu dan Bumiputera'.

“Jangan sampai kita tersilap langkah, realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat mempunyai cuma dua pilihan sahaja, sama ada gagasan yang dipimpin oleh Umno, ataupun yang dipimpin atau didominasi oleh DAP,” kata beliau.

“Seandai dan sekiranya Umno ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu dan Bumiputera,’ tegas Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di sini.

“Apakah kita mahu masa depan anak cucu dan agama Islam dipertaruh kepada selain daripada kepimpinan Melayu dan Islam sedia ada? Nauzubillah...” kata beliau kepada perwakilan daripada 191 bahagian Umno.

DAP adalah tonggak Pakatan Harapan (PH) yang turut merangkumi PKR dan Parti Amanah Negara (PAN), sebuah parti serpihan PAS.

DAP menggerakan pakatan pembangkang baru itu selepas memutuskan hubungan dengan PAS yang mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Pemimpin-pemimpin DAP sering menuduh PAS sebagai parti pelampau Islam dan cuba menyakinkan pengundi bukan Melayu bahawa PAN tidak mempunyai hasrat melaksanakan hudud.

Walaupun sering menafikan ia anti-Islam dan anti-Melayu, hakikat ialah DAP tidak memberikan ruang untuk pemimpin Melayu menyerlah di peringkat nasional.

Pada masa sama ada antara pemimpin DAP yang mengutarakan kemungkinan mengurangkan jumlah kakitangan awam dan program-program tertentu yang melibatkan kepentingan bumiputera.

Dalam ucapannya Najib berkata Umno 'lega' dan gembira kerana PAS tidak lagi bersama pakatan pembangkang tajaan DAP.

Beliau mengundang parti itu untuk bersama Umno dalam meningkatkan syiar Islam di negara ini.

“Dengan hati yang terbuka dan nubari yang merdeka, kita hulurkan tali silaturrahim...kita hulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariatnya,” kata Najib. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment